Atok Aqeela..
Ni gambar sabtu lepas (11 ogos 2018), atok cakap sungguh cepat masa berlalu. Sekejap je rasanya Aqeela dah pun 1tahun. Mama Aqeela pun rasa macam tu 😄
.
Ketika sakit contraction jam 1am, mama Aqeela tahan sampai subuh sebab apa? Sebab taknak susahkan atok Aqeela ni la. Syukur Aqeela dalam perut macam memahami je. Tapi siapa sangka kan, rupanya ketika mama sakit tu, atok pun tak sihat rupanya. Tapi tak bagitau mama Aqeela sebab atok pun taknak mama risau. Mujur Aqeela tak lahir masa minggu sebelumnya tu. Masa tu papa takde, mesti atok kelam kabut.
.
Masa Aqeela lahir, kalau atok sihat mesti atok la orang yang paling cepat nak tengok Aqeela.
.
Masa dalam pantang, atok la orang yang tolong bawa pergi checkup kuning. Hampir setiap hari. Kadang2 bila tengahari, atok teman Aqeela tidur 😆
.
Sayang atok 😘 semoga atok dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik selalu.
#AufaDhiaAqeela
#1yearold
#jasayangtakterbalas
Ni gambar atok dengan abang-abang tahun 2012 😍😍


No comments:
Post a Comment