Pengalaman melahirkan zuriat ku yang ke 4. Sejak 10hb Ogos sudah ku rasakan brixton hint. Masa tu en.suami takde, harap sangat baby keluar setelah papanya pulang dari Kuantan menguruskan hal familynya.
12hb ogos, Danish ikut lawatan sekolah. Petang tu sementara tunggu Danish balik sempat bawa Danisha main buaian kat taman. Pinggang dah start sakit. Rasa macam nak beranak malam tu juga tapi ni kalau pegi hospital mesti disuruh balik. ikut pengalaman yg lalu, begitu la.
13hb Ogos, berjalan ke Mydin. Beli Al-Quran abang long (Hadif) Alhamdulillah, dah masuk bacaan quran diusia 8 tahun. berjalan kat mydin ni pun dah rasa tak larat sebenarnya tapi digagahkan juga, Agak-agak esok baby keluar tak?
14hb Ogos, masih relaks dirumah sambil mengerling ke arah jam sentiasa mengira detik & waktu bilakah agaknya baby nak keluar. makin lama makin kuat. tak sampai hati nak bagitau parents, taknak mereka risau. Jam 10pm-11pm makin kuat dan kerap sehingga jam 1am. nak ke hospital tak sampai hati pulak nak kejutkan anak2 yg lain sedang enak lena dibuai mimpi.
15hb Ogos, 5am dah tak boleh tidur. Selepas anak2 ke sekolah mesti nak kena ke hospital. rupanya benar sangkaan aku. Tengok-tengok dah ada turun darah sedikit. kelam kabut la siap-siapkan abang 2orang ke sekolah. sempat lagi aku basuh kain (mesin basuh) dan sidai. memikirkan nanti beranak, kat rumah haru biru pulak.
8.45am tiba di Hospital Shah Alam. bawa sesiap dah baju baby untuk labour room haha sampai nurse kat kaunter daftar kata, nak beranak sangat dah ke, Aku kata ye la, dah sakit sangat ni, turun darah lagi. Di wad emergency, aku diperiksa oleh nurse dan dibuat CTG (degupan jantung baby) selesai disitu, dibawa naik ke atas dan aku dapat lihat ada beberapa orang doktor wanita dan doktor lelaki. dalam hati berharap jangan la dapat doktor lelaki. Ada seorang dua sahaja ibu mengandung diruang duduk menunggu, mungkin menunggu giliran sama seperti aku. disitu, aku diperiksa bukaan jalan oleh seorang doktor. Katanya baru 3cm dan aku disuruh tukar kepada pakaian hospital(warna pink) dan perlu duduk menunggu. ketika menunggu itu, nampak kelibat en,suami sambil mendukung Danisha. Rupanya dia berikan fail daftar masuk wad. sempat la salam peluk cium mereka. Makin berdebar la pulak rasanya.
Sesekali aku mengerling ke arah jam sambil memandang ke screen telefon. Nurse tadi minta hp diberikan pada suami tapi aku tetap nak pegang dan bawa ke labour room nanti haha Disitu kelihatan doktor berborak dan berbincang sesama mereka. 'apasal diorang buat tak peduli je kat aku ni" sesekali aku rasakan contraction yg makin kuat. jam 10.50am aku menuju ke tandas. rasa macam mahu membuang. Sebaik keluar dari tandas, seorang doktor wanita memanggil untuk diperiksa bukaan jalan. 'Dah 4cm' Lega mendengarnya. tak lama dah ni baby nak keluar. Seorang nurse datang membawa wheelchair dan menolak aku ke labour room No 2.
Debaran semakin terasa bila dah masuk dalam bilik yang aku sendiri tak jangka akan laluinya lagi buat kali yang ke 4. Bersama aku didalam bilik itu ada 2orang nurse yang bagi aku rasakan mereka mahir dalam kes sambut kelahiran. Aku dipasangkan alat CTG sekali lagi. dan bila rasa mahu meneran, mereka kata belum tiba masanya. Ketika itu aku dilawati seorang doktor pakar wanita. Mungkin kebetulan waktu lawatan nya ke labour room.
6cm.. masa dirasakan begitu lambat sekali bergerak. Nurse kata mahu panggil en.suami, aku kata tak perlu sebab ada seorang anak bersamanya yg tiada penjaga lain. Ketika itu, aku tau aku perlu kuat menghadapi kelahiran kali ini bersendirian. Tanpa ada suami memegang tangan dan memberikan kata semangat di sebelah.
11.30am.. aku memberitahu nurse supaya dipecahkan air ketuban. mengikut pengalaman anak yang sebelum ini, kesemuanya keluar selepas air ketuban dipecahkan oleh nurse. insha allah prosesnya kelahiran lebih cepat.
2orang nurse bersama aku akhirnya akur dan bersetuju memecahkan air ketuban. Persiapan menyambut kelahiran disiapkan. Proses demi proses. Contraction yang makin kerap dan aku dah tak tahan mahu meneran. Nurse kata masih 8cm tapi aku tetap mahu meneran. Seorang nurse tolong bukakan jalan. Sekali teran, kepala baby sudah dihujung. Nurse minta aku sekali lagi teran dengan nafas panjang. Sekali lagi teran, keluar la kepala baby dan ditarik oleh nurse... Alhamdulillah dipermudahkan..
Bersambung...

No comments:
Post a Comment