Sunday, 10 April 2016

Nota Bangkit Berniaga - 2.0

Orang kata 'Untung la pergi Seminar'
Tak tau apa yang untung tu. Selalunya begitu la yang kita dengar kan.
.
Untuk naik kan semula SEMANGAT LEPAS DOWN, saya berniat sertai beberapa Seminar. 'Banyak pulak duit join seminar' akan ada mulut orang yang kata begini.
.
Seminar pertama ketika down ni saya pergi SECARA PERCUMA. Alhamdulillah rezeki saya. Kalau ikut keadaan masa tu rasa macam susah je nak hadir seminar tapi saya PERLU BANGKIT.
.
Ye, beruntung saya sebab kelas satu hari ini saya dapat secara percuma dan ketika tu sebenarnya bukan la ada duit sangat pun. Lepas la makan tengahari. Sebab kelas sampai malam saya tak makan disebelah petang. Bukan sedih sebab tak dapat makan tapi asalkan masa rehat saya terluang dengan aktiviti mengepam susu. Masa tu la pertama kali baby pisah agak lama. Tengah kelas tu, dapat gambar baby tiba-tiba demam. Sedih tapi saya perlu kuatkan semangat sehingga tamat seminar.
.
Yang paling saya sedih semasa seminar tu ialah saya TIDAK BERNETWORKING. Bukan saya taknak tapi malu, takde kenyakinan diri, tak boleh nak berdepan dengan orang. Padahal kat situ ramai kawan-kawan fb yang satu group. Peluang bergambar dengan speaker pun saya tak ambil kesempatan. Saya berkawan kenal-kenal dengan orang-orang yang duduk disebelah-sebelah saya je.
.
Pointnya disini, nampak tak halangan tu? HALAGAN tu dari DIRI SENDIRI. Saya nak bangkit tapi TEMBOK TAK DIPECAHKAN. Sepatutnya masa tu saya kena berani berhadapan dengan orang. Bergaul dengan orang lain. Betul?
.
Lepas dah balik dari seminar tu rasa menyesal pulak kan... tapi tak pe Ilmu yang diterima semasa seminar tu yang penting. Penting diamalkan dengan tindakan.
.

‪#‎dmagicmellie‬ ‪#‎GSLEF‬ ‪#‎teambangkitlahberniaga‬

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...