#NotaBangkitBerniaga
Baca kisah dari #teambangkitlahberniaga ramai yang ada situasi yang lebih kurang sama. Ramai yang mahu #bangkitberniaga
.
Saya DOWN sejak 6 BULAN LEPAS. Perkara pertama yang saya buat untuk kembalikan semangat dalam diri ialah BERNIAGA SEMASA IMKK DEC 2015.
.
Kenapa tak join IMKK? Kan bagus nak bangkit kalau lepas join IMKK. - ini soalan yang saya terima. Hihi saya IMKK 2013 lepas tu jadi crew program je.
.
IMKK DEC 1015 suami, abah dan adik saya sertai sebagai peserta dan berniaga ini kolaborasi dengan abang kandung. Abang ajak join dia berniaga nasi untuk peserta imkk. Inilah masa saya kena keluarkan semula diri saya yang sebenar, yang saya dah tidurkan dia.
.
Diri saya yang suka positif, yang boleh berdepan dengan orang, yang murah senyuman. Ohhh dah lama tak jumpa orang dan senyum rupanya. Baru sedar... Seminar memang dah lama tak join.
.
Masa ni tolong abang sebab nak duit. Ye nak upah sebab anak nak start sekolah. Nak beli barang sekolah untuk anak-anak. Tapi nak lebih lagi! Kena la berniaga! Kek #anischocmoistcake jadi pilihan sebab murah dan mudah dijual. Apatah lagi di seminar Dr Azizan Osman. Dapat la jual 220pcs ketika #imkkdec2015
.
Bukan berapa banyak dapat jual dan berapa banyak untung yang dapat tapi lebih puas bila yang membeli tu HAPPY. Beli banyak sebab nak bawak balik untuk anak-anak dirumah. Ada yang beli sebab favourite katanya. Dari situ saya belajar berniaga bukan duit semata-mata. Ia memberikan semangat positif semula pada diri saya.
.
Nak kekal positif, bergaul dengan orang-orang positif.
#penjualkekjalanan
#akaklinda #dmagicmellie #anischocmoistcakeat7eleven #GSLEF

No comments:
Post a Comment