assalammualaikum....
Alhamdulillah... Walau pelbagai dugaan dan cabaran hari ini namun syukur selamat pulang ke rumah bersama Aufa Danisha dengan menaiki bas.
Naik bas?! Huhu syahdu sungguh nak cerita.
Apakah ini TURNING POINT!
Hari ni diberi tugasan bekerja di pejabat abang ku. Drive kereta macam biasa, bawa Danisha sekali.
Abang dan adik tak sekolah sebab bangun lewat pagi tadi. Papa diorang pulak balik lewat dari kuantan sebab Pak Sedara meninggal.
Jam 11pagi macam tu tengah lepak kat ofis ada orang datang. Katanya nak tarik kereta. Fuhh terkejut aku! Adoiii cam mana ni.
Call en.suami katanya dah settle dengan bank. Pastu orang tu bincang-bincang dengan en.suami, aku tak campur la. Lepas tu orang tu turun bawah. Aku pun pelik, tau pulak tuannya ada kat atas ni. Aku jangka pekerja workshop kat bawah ni bagitau.
Lepas orang tu blah, aku pun relaks je kat atas dan menyusukan baby.
Then en.suami call tanya kereta ok ke? Ha?!
Aku intai dari atas, orang tu dah siap nak towing. Perh!!
Cecepat turun, dah terlambat pulak, orang tu terus blah. Menggigil aku!
Boleh plak ambik macam tu je! Dengan barang-barang kat dalam tu. Barang baby, buku bil banyak lak dalam tu.
Aku memang bersedih je la. Tengahari abah datang belikan makanan. Aku tak sampai hati nak cerita. Tak nak abah dan mama susah hati. Dah banyak susahkan diorang.
Abah dan mama pun baru tau aku susah lepas anak aku yang sulung cerita dia tak pergi sekolah agama dah sebab tak bayar yuran. Sejak tu aku perasan, mama dan abah tak nak susahkan aku. Dia tau aku pun tengah susah. Dah la baru last week mama tolong tebus rantai yang aku gadai.
Anak-anak tak pergi sekolah pun aku tak bagitau. Aku sendiri kesian kat diorang tak sekolah tapi kalau papa diorang sendiri buat dek je camne? Kebetulan pulak diorang tak pergi sekolah jadi cam ni dan kebetulan juga tak terjadi semalam time mama dan abah tidur rumah aku.
Ini semua aturan Allah SWT. Dia Yang Maha Mengetahui.
Aku risau juga nak balik petang macam mana. Nak tak nak memang kena naik bas. Tak berbaloi kot nak naik teksi dari kelana Jaya ke Sunway. Bas pun ok.
Anak-anak lelaki tak pernah naik bas lagi, baby Danisha 7 bulan dah naik bas. Syukur Allah SWT beri anak sebaik dia. Tak meragam. Relaks je naik bas. Aku pun buat kering je. Rasa nak nangis tapi cepat-cepat kesat. Kang orang dok viral kata lari rumah bawa anak pulak. Syukur juga dari menunggu bas dan dalam bas dia tak ada meragam nak menyusu.
Syukur juga Allah SWT permudahkan perjalanan kami. 10 minit menunggu bas dan dalam 20 minit sampai rumah. Turun tepi jalan depan kedai KK ni je. Sekarang bas dah masuk dalam sebab lalu depan stesen BRT Mentari ni. Fuhh mula-mula tadi dok bayang penat juga nanti nak kena naik jambatan sebab berhenti depan Pyramid tapi rupanya Allah SWT bantu. Baikkan Allah. Syukur... Terima kasih Ya Allah! Syukur diberi kesihatan yang baik.
Ni nak tunjuk resit naik bas bukti aku naik bas tau!
Bas sekarang tak macam aku naik 2 tahun lepas. Tak ramai dah orang naik bas. Ramai orang dah beli kereta. Tak ada pun yang berdiri dalam bas. Nampakkan kurangnya orang sekarang naik bas.
Apakah ini semua Turning Point aku dan suami?
Semoga aku tabah menghadapi dan bertambah-tambah rezeki kami. Amin...

No comments:
Post a Comment