Sunday, 24 January 2016

Nikmat Kesihatan Kaki

Allahu...
Syukur sangat diberi kaki yang sihat sebelum ini.
Baru-baru ni hari Jumaat diberi dugaan pada kaki.
Ketika papa diorang ke Masjid, anak-anak pulak bergaduh. Masa nak pergi leraikan pergaduhan diorang tu, tersepak kaki sofa. Fuhhh sakitnya sukar digambarkan.
Memang tak boleh nak pijak lantai dah.
Konon-konon boleh tahan. Ingat sekejap je sakitnya. Tak ada la nak pergi klinik. En.suami letak minyak urut pastu balut.

Pagi sabtu ingat nak gi hospital, anak-anak pulak tak ada orang nak jaga. Atok nenek diorang balik kampung. Saje tak bagitau sebab taknak diorang risau. Bertabahla aku dirumah. Tak boleh berjalan. Terlompat-lompat la dengan sebelah kaki.
Boleh pulak en.suami beli ayam mentah bagai. Memang tak la aku nak masak dengan payahnya nak berdiri dan berjalan.
Baby berak pun dia buat dek je. Aku memang tak larat so, aku saje buat tak reti smpai anak aku no2 tu sound adik dia berak mama buat tak tau. Aku selamba la cakap kalau aku larat tak adanya nak biar. Baru 2 hari aku tak boleh dukung baby, rasa kesian sangat kat dia.
Malam tu juga bagitau mak aku pasal kaki aku. Esok nak pegi hospital. Memang tak tahan dah rasa. Sakit dan berdenyut-denyut.

Hari ahad, lepas subuh abah aku call cakap nak datang bawa pergi hospital. Tak jadi mak aku nak pergi marhaban. Jam 10 macam tu dah sampai hospital. Buat scan semua, alhamdulillah tak ada tulang yang retak atau patah. Tengahari dah balik rumah.

Semoga lepas ni lebih berhati-hati lagi.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...