Jawapan :
+ Sebelum kita sampai ke tahap pasarkan produk ke pasaraya, semestinya kita sudah melalui zaman mengedarkan produk melalui agen dan kedai-kedai runcit.
+ Sudah berapa ramai pelanggan yang telah membeli produk kita dari mula kita buat produk hingga sekarang. Saya simpan semua no. contact pelanggan (biasanya via wassap).
+ Bayaran dari pasaraya biasanya mengambil masa 45 hari - 90 hari. Bayaran dari outlet kedai runcit biasanya 14 hari - 21 hari dan jualan tunai dalam 1-3 hari.
+ Saya bahagikan roda aliran tunai kepada tiga. Satu yang paling lambat adalah roda pasaraya. Kedua roda outlet dan yang paling cepat adalah roda tunai.
+ Saya pecahkan modal kepada 3 bahagian. Katakan modal yang kita ada adalah RM10k maka RM5k saya gunakannya untuk modal ke pasaraya, RM3k untuk modal outlet dan RM2k untuk modal jualan tunai. Kena ada sedikit peruntukan untuk fb ads.
+ Margin keuntungan untuk pasaraya adalah sederhana tinggi, namun ia melibatkan volume atau kuantiti tinggi. Walaupun bayaran lambat, sekali dapat bayaran, ia amat berbaloi.
+ Berbaloi tu berbaloi juga namun jika tersilap anggaran atau jualan terlalu tinggi lebih dari jangkaan akan jadi masalah juga bila tunai 'stuck'. Repeat order tinggi namun tunai untuk hasilkan produk makin susut. Jadi kena kawal jumlah pasaraya biar selari dengan kapasiti modal.
+ Tiga roda 'cash flow' berjalan serentak. Satu lambat tapi berbaloi, satu sederhana lambat dan satu lagi tunai segera.
+ Roda tunai. Ada dua, satu adalah jualan dengan kuantiti sedikit dan kedua, jualan dengan kuantiti sederhana banyak.
+ Jualan tunai dengan kuantiti yang sedikit biasanya margin besar. Jualan tunai dengan kuantiti sederhana biasanya margin keuntungannya sedikit tapi frekuensi atau kekerapan jualannya tinggi.
+ Bagi menghasilkan imbangan tunai keluar masuk yang sihat (sementara menunggu hasil dari pasaraya keluar), saya letakkan sedikit bajet untuk iklankan promosi dengan harga promosi tak masuk akal. Walaupun untung sikit tapi saya dapat 2 kelebihan.
1: Aliran tunai berjalan masuk.
2: Oleh sebab jualan tinggi, customer base (yang dapat merasa terus produk meningkat dari hari ke hari dan dari ke semasa)
+ Selepas pelanggan memesan pakej promosi, saya juga dalam masa yang sama memberikan senarai outlet / pasaraya yang mereka boleh beli produk dengan jumlah sedikit.
+ Harga promosi memang murah tapi kena order secara minimum order. Jika mereka hendak buat 'repeat order', mereka mesti order dalam kuantiti minima. Namun jika mereka inginkan belian dalam kuantiti sedikit, saya akan bagi alamat pasaraya atau outlet terdekat untuk mereka beli.
+ Disini wujud 'cross marketing and selling'. Pasaraya bukan setakat agen jualan tapi juga agen iklan dan pemasaran yang akan meningkatkan nilai brand di mata pelanggan. Mereka pernah lihat produk dipasaraya dan mereka juga melihatnya di internet/fb. Ini akan memberikan kepercayaan lebih kepada mereka untuk membeli produk secara atas talian. Dan kepada pelanggan yang pernah membelinya di talian, mereka yang jumpa produk di pasaraya akan sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan terhadap produk untuk membelinya sebagai belian ulangan dan bukannya pembelian untuk mencubanya..
+ Adakalanya saya buat jualan hampir dengan harga modal (dalam promosi) demi untuk kekalkan aliran tunai masuk dan memberikan lebih masa untuk bertahan menunggu bayaran dari pasaraya. Dan walaupun margin nya kecil tapi kuantitinya besar.
+ Kadang-kadang untuk pakej promosi, saya hanya untung RM10 sahaja namun oleh kerana harganya yang murah, saya mampu jual sehingga 30-40 pakej dalam masa sehari secara online. Ia sudah mampu menghasilkan keuntungan sehingga RM400 sehari hanya dari jualan promosi online sahaja.
+ Jualan roda tunai mesti melibatkan operasi penghantaran selain dari jualan tunai runcit / direct selling.
+ Pelanggan yang membeli pakej promosi sehingga 20-40 orang sehari tu saya simpan data dalam wassap. Saya dapatkan pembeli melalui fb ads. Kalau sehari minima 20 pelanggan yang order, berapa database pelanggan yang pernah order produk kita yang kita boleh kumpul dalam masa sebulan, 2 bulan, atau 3 bulan? Semestinya ribuan kan?
+ Dengan ribuan database yang 'very targeted' tu dalam 1 hand phone, saya sudah ada satu kumpulan mesin duit yang sangat berkuasa. Dengan menawarkan satu promosi yang tak mampu ditolak, mereka yang sudah biasa order produk kita tak akan menunggu dan berfikir panjang untuk buat repeat order.
+ Pada masa yang sama, salesman yang menjaga jualan di outlet akan servis roda aliran tunai kedua. Tiap-tiap hari bawa balik tunai dan akan dicampur dengan tunai roda tunai segera yang dihasilkan melalui jualan promosi harian.
+ Altiviti jualan roda jualan 1 dan 2 diteruskan beberapa bulan sehinggalah bayaran dari pasaraya keluar.
+ Bila payment pertama dari pasaraya keluar, ia akan menambahkan modal pusingan kita. Pusing lagi modal roda tunai 1 dan 2 berkali-kali sehingga payment pasaraya yang kedua keluar dan seterusnya payment ketiga. Masa tu, modal dah makin banyak.. cash flow makin lancar.. Bajet untuk iklan makin besar.. Bila iklan makin besar, jualan makin meningkat, aliran tunai makin sihat.
+ Hasil keuntungan dari jualan roda tunai 1 dan 2 itu lah yang kita gunakan untuk tampung kos overhead bulanan syarikat sehinggalah keuntungan dari jualan pasaraya dapat dinikmati.. Bila modal makin bertambah, inilah masanya untuk tambah bilangan pasaraya.
+ Walaubagaimana cara pun, kena pastikan bahawa jangan ada hari yang tak ada jualan.. biar untung sikit, tapi jangan tak ada jualan / tak ada untung langsung pada hari tersebut.(Kaedah ini berkesan untuk produk yang laku.. jika produk tak laku, tak jadi juga)Ini bukan sekadar teori, inilah kaedah yang saya buat sebelum ni
Ini dikongsikan sendiri oleh pemilik produk D'Apple
Baca sini
No comments:
Post a Comment