Tuesday, 10 February 2015

Sebaik-baik PerancanganNya

Sejak kelmarin baby bump bagi hint minta supaya mamanya banyakkan rehat. Hurm... memang terasa letih sangat badan. Tetiba kelmarin 4am sakit perut sangat...
opss belum masa baby nak lihat dunia lagi. Ini mesti ada salah makan yang baby tak boleh nak terima. Sorry baby.... 

Hari isnin, mama gigihkan juga diri pergi ofis buat kerja dan memang tak larat nak hantar kek kat mana2 7e pun so, just buat kerja kat ofis je.

Tetiba malam tadi sakit kepala pulak dan berat nak bangun pagi ni. Danish pulak kalau dah tengok mamanya relax je tak pergi kerja, dia pun buat la manja-manja juga tak nak pergi sekolah. 

Hihi sebenarnya mr.papa pun berat kepala nak bangun pagi ni. Kesian dia balik jam 5am sebab tolong hantarkan kek. 

Bila dah lewat tu, anak-anak pun tak ke sekolah... kesian hadif, nak sekolah sebenarnya. 
Entah macam mana bila tengahari, danish mengadu sakit kepala tetiba dia muntah-muntah. Badan pulak panas la juga sikit. Kesian pulak tengok dia asyik dok ngadu sakit kepala. 
Jam 5pm baru pergi klinik. Alhamdulillah demam biasa. 
Nasib la tak sekolah hari ni, mau risau mama kalau demam tetiba kat sekolah ke, kat taska ke. Kan... 

Apapun, hopefully Danish baik-baik aje ye... 

Ini demam budak cari akal ni taknak kena tinggal kat rumah ibu lepas balik sekolah... 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...