Saturday, 14 February 2015

C-Section atau Normal?

Sekadar perkongsian dari saya #lindahamid
Namun saya tidak pernah lagi merasai bersalin secara pembedahan. 2 anak sebelum ini lahir secara normal. Alhamdulillah...

Anak sulung lahir pada 20 Mac 2010. Ketika kandungan berusia 37weeks.  Di induce ketika proses kelahiran atas sebab tiba-tiba bacaan gula naik mendadak.

Hihi sebaliknya saya yang heavy breakfast pagi selasa tu then bila checkup tinggi ler bacaannya. Pastu boleh pulak kena pergi hospital kononnya nurse kat KKM tu suruh book je dulu tapi doktor kat hospital minta saya checkin lak time tu. Checkin awal sebab nak tengok bacaan gula tu dan cukup je 37weeks tu mesti bersalin. .

Checkin hospital hari selasa, masuk ubat tu time subuh hari Jumaat. Orang katil sebelah dah bertukar-tukar orang dah, saya ni tak bersalin lagi hehehe

Pagi Subuh Jumaat tu induce, lama juga menunggu nak bersalin. Sakitnya memang susah nak cakap. Jam 10pm masa tu dah rasa tak tahan sangat, jerit je la panggil nurse tu pastu bila check bukaan dia suruh standby nak bawak gi labour room. Suami tak masuk sekali sebab hospital Serdang time tu tengah renovated labour roomnya dan tempat bersalin time ni dah macam wad biasa. Terpisah dengan orang sebelah disebalik langsir je. Dengar la orang sakit nak bersalin, dengar bunyi jantung(CTG) baby orang lain. Seram juga masa ni. Boleh pulak doktor ugut nak vacuum kalau saya taknak teran betul2 bagi baby keluar.
Akhirnya, alhamdulillah labir hari Jumaat juga jam 11.45pm selamat melahirkan Ahmad Hadif Irfan seberat 2.31kg
Fuhh memang lama sangat menanggung sakit tu.

Ketika anak sulung baru berusia 6 bulan, saya disahkan hamil lagi. Alhamdulillah....
sejak tahu mengandung lagi dan tiada masalah kencing manis ketika ini, saya bercita-cita mahu bersalin secara normal tanpa induce. Nak merasai rasa sakit normal orang bersalin. Hihi nak rasa macam mana bila sakit pastu pergi hospital.

Alhamdulillah, saya diberikan nikmat itu. Seminggu sebelum bersalin dah bagitau kat my mom, rasa-rasa macam bersalin minggu depan je hihi seminggu lepas tu pagi rabu ada keluar keputihan yang banyak.
My mom suruh pergi hospital terus tapi saya pergi klinik dulu. Tengahari tu pergi hospital dan doktor kata balik dulu sakit sangat nanti baru datang. Pakai pad kalau rasa tak selesa sebab keputihan yang banyak tu.

Hurm... risau juga... Doktor kata datang bila sakit kerap setiap 5 minit. What?! Ok, tunggu je la dirumah.
Orang kata, jangan baring je. So, buat la kerja-kerja rumah macam biasa.
HarI khamis petang dah rasa sakit kerap. En.suami baru balik kerja so, lepas maghrib baru gerak ke hospital. Time camtu tau je la jalan pun jammed juga kan tapi kami relax je, tak la kelam kabut sangat.

Sampai hospital lebih kurang 8.45pm camtu. Doktor suruh tunggu je kat wad emergency katanya nanti terus masuk labour room. Jangkaan doktor, salya bersalin jam 1am nanti dia datang check bukaan semula.
Dalam sakit-sakit tu boleh pulak tertido. Sedar-sedar dah jam 3.10am camtu. Tengok-tengok takda pun orang sakit kat emergency tu. Doktor pun tido hehehe Saya panggil yg kat kaunter depan tu supaya panggilkan doktor. Dan-dan pulak tetiba ramai lak orang sakit nak bersalin lepas tu. Jam 4am  doktor minta naik wad dulu katanya tunggu 3/4jam lagi.

Wahhh bila naik wad tu, bestnya dapat dok bilik sorang. Tetiba lak perut rasa sakit semacam. Subuh tu doktor check katanya dah buka jalan, boleh pulak nurse yang nak tolak pergi labour room tu suruh mandi dulu la. Nak makan memang tak selera dah.

Dalam labour room pakai ashtray, nurse kata boleh kurangkan sakit. Tetiba en.suami datang. Hihi tak ingat pun sebenarnya nak suruh dia teman atau tak. En.suami kata nurse yang panggil, dia masuk je la.
Alhamdulillah Jam 9.15am pada hari Jumaat, selamat melahirkan seorang lagi putera disaksikan sendiri en.suami.
Rasa kelakar pulak, soalan pertama yang ditanya lepas baby keluar 'baby apa'Bayi lelaki diberi nama Ahmad Afif Danish dilahirkan seberat 2.85kg.
Padahal memang dah scan, dah tau dah bakal keluar baby boy. Ya Allah, hilang rasa sakit apabila diletakkan bayi diatas dada. Subhanallah...

Sakit yang teramat bila time nak jahit. Nurse kata sikit je perlu dijahit tapi sakitnya.... sampai gaduh2 la dgn nurse tu suruh dia elok2. Mana tak sakitnya, tak bius pun. Dengarnya, ubat bius tu mahal jadi diorg jimat2 la guna ubat bius.

Jam 11am dah balik wad dengan baby comel. Bila call my mom, dah tau pun sebab en.suami dah inform.

Ya Allah, redha menerima seorang lagi bayi lelaki walau dalam harapan mahu anak perempuan.

Sekarang kandungan ketiga berusia 22minggu dan belum diketahui jantinanya. Masih mengharapkan ianya yang lahir nanti bayi perempuan namun, saya redha jika diberi anak lelaki lagi. DIA Yang Maha Mengetahui....

Semoga proses kelahiran yang ketiga ini juga dipermudahkanNya...

:: Catatan Ibu mengandung ::
#22weeks 3rd pregnancy
#lindahamid


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...