Tuesday, 8 July 2014

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD.

1. Kata Puan Guru kepada mereka yang mahu Memulakan Bisnes
Kedapatan dua kesilapan yang paling banyak dilakukan oleh peniaga Melayu yang baru pertama kali membuka bisnes adalah:

Membuka kedai
Membuat sendiri produk yang dijual

2. Aduhh bagai terpukul atas batu jemaa saya. Benar dan sungguh benar betapa ramai orang Melayu menyamakan membuka bisnes dengan membuka kedai. Apabila berfikir hendak membuka bisnes, perkara mula-mula yang tergambar dalam otaknya adalah kedai. Ayat pertama yang biasa saya dengar, "kedai awak dimana?"

3. Kemudian, selepas berfikir tentang kedai, kita mula berfikir benda apa yang kita mahu jual. Menurut Puan Guru Ainon Mohd, Muhammad Muda berniaga selama 20 tahun dengan tidak membuka kedai, padahal pada zaman itu ada zon perdagangan yang besar dan aktif di bandar Mekah. Namun beliau tidak membuka kedai di situ.

4. Ini tidak bermakna kita tidak boleh membuka kedai. Ini hanya bermakna, bisnes yang memerlukan kita membuka kedai bukanlah bisnes yang ideal. Apatah lagi jika baru hendak belajar memulakan perniagaan kita yang pertama.

5. Peringatan penting dari Puan Guru Ainon Mohd yang perlu kita garisbawahi adalah

"Jangan terjun ke dalam dunia bisnes dengan membuka bisnes yang mempunyai 8 ciri di bawah ini:

#1. Bisnes itu modalnya besar, sampai kita terpaksa gunakan semua wang simpanan kita. Sebagai contoh, kita bersara lalu kita gunakan semua wang KWSP untuk membuka bisnes.

#2. Jangan meminjam duit modal bisnes sampai kita terpaksa mencagarkan hartanah kepada bank. Ingat 93% semua bisnes ditutup dalam tempoh 3 tahun selepas dibuka. Nanti bisnes gulung tikar, hartanah pula dilelong oleh bank.

#3. Jangan meminjam duit adik beradik ataupun kaum keluarga. Nanti sudahlah bisnes kita tutup, bergaduh pula dengan adik beradik dan ipar-duai.

#4. Jangan menyewa kedai. Gagal membayar sewa kedai adalah punca utama bisnes kita terpaksa ditutup.

#5. Jangan buat bisnes yang skillnya tidak ada pada kita. Jangan buka kedai makan kalau kita tidak pandai masak. Nanti tukang masak lari, kita terpaksa tutup kedai.

#6. Jangan buka bisnes francais. Francais memaksa kita membuat pinjaman bank dan menggadaikan hartanah.

#7. Jangan buka kilang. Kos membuka kilang sangat tinggi. Ia memaksa kita membuat pinjaman bank.

#8. Jangan buat produk terkilang. Kos membuat produk terkilang adalah sangat mahal. Ia memakasa kita membuat pinjaman bank.

6. Puan Guru Ainon Mohd. menjelaskan ,
Bisnes yang bagus sebagai bisnes pertama perlu menggarisbawahi dua elemen ini.

#1. Modalnya kecil. Kalau lingkup, tangan kita tidak terbakar.
Kita dapat bangun semula dengan mudah.

#2. Kita mempunyai skill yang diperlukan.
Dapat dibuat dari rumah dahulu, sebelum kita pindah ke kedai.
Dapat kita buat bisnes itu sendiri-sendiri.
Kemudian, apabila bisnes sudah berkembang, baru ambil pembantu.

Doakan apa yang dicatat bawa manfaat




Dipetik dari FB Dato Roslan Ab Hamid

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...