Bijaksana. Bukan membebel.Terima pandangan. Usah anggap ianya kritikan. Pandangan membina apabila motifnya mahu menambahbaik.Ianya tepat ditujukkan pada letak duduk satu perkara. Ianya melonjak kita apabila kita tahu "buang ego, buat duit".
Usah biarkan minda kecil menghadkan pemikiran kita.
Ada tiga rukun dalam hidup kita yang perlu kita tekuni semula.
Law of Realism.
Berpijak dibumi nyata. Realistik. Usah sandarkan diri lama pada kejayaan masa lalu. Dunia telah berubah. Kita juga perlu berubah.
Law of Strengths.
Tahu kekuatan diri. Bergerak dari arena kekuatan diri. Apabila kita bermain memanfaatkan kekuatan, kita boleh pergi jauh ke hadapan.
Law of Weaknesses.
Tahu kelemahan diri. Perbaiki segera sesungguh hati. Ianya peluang untuk kita belajar lagi. Ianya peluang untuk tingkat modal diri, ilmu, kemahiran dan sosial.
No comments:
Post a Comment