Monday, 16 June 2014

Mama Sayang Adik

9 June 2014, lebih kurang hampir 6pm.  
Ketika itu anak-anak saya hadif & danish baru sahaja saya ambil dari taska.
Seperti kebiasaan saya membiarkan mereka berlegar-legar dibalkoni. Bermain sesama sendiri. Tapi saya masih memerhati mereka dan mendengar perbualan mereka.

Adik : Abang, kalau adik jatuh abang nangis tak.

Abang : Adik jangan la jatuh. Nanti abang dah takde adik.
nada suara abang seakan bergurau. saya sangkakan biasa-biasa aje.

seketika kemudian...

Kedengaran suara adik menjerit...

Arghh... Arghh...
Terkejut dengar jeritan adik, saya berlari ke balkoni.

Ketika itu saya lihat separuh badannya telah melepasi besi jaring balkoni.
Panik juga masa tu... Saya hanya pikirkan macam mana nak selamatkan dia.
Bayangkan separuh badan dia, dari aras pinggang ke bawah melepasi besi balkoni tu dan tergantung dari rumah saya tingkat 5. Berdebar hati saya. Subhanallah....
Ketika itu en.suami masih belum balik kerja.

Dalam panik saya cuba bertenang...

Saya menariknya perlahan-lahan sambil bercakap-cakap dan memujuknya. Dia memang tak menangis langsung. Ketika itu kekuatan datang dalam diri saya. Tidak saya menangis dan tidak saya ingin marah padanya. Perasaan berdebar sahaja yang dirasai.

Bila adik dapat ditarik dan selamat…
Saya peluk dan cium dia dan katakan apa yang dia buat sangat membahayakan dan boleh membuatkan mama menangis. Masa tu airmata saya mula mengalir…
Abang yang memerhati dari tadi hanya diam dan datang menghampiri lantas saya turut memeluknya.

Ya Allah ampunilah aku kerana kecuaian ku dalam menjaga amanah mu.

Sifat anak-anak berusia bawah 5tahun memang sangat mendalam untuk mencuba melakukan sesuatu yang mereka tidak tahu apakah akibatnya.
Mereka tidak tahu memikirkan apakah kesudahan dari percubaan mereka.

Coretan Mama Hadif & Danish
- Linda -



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...