Tuesday, 15 April 2014

Majlis Jamuan PASTI Hadif & Danish

13 April 2014, diadakan majlis jamuan di PASTI AL WAHDAH. Tempat belajar hadif & danish.
Ada beberapa aktiviti dijalankan. Ada nasyid, ikrar dari anak-anak PASTI tapi hadif & danish duduk aje dikerusi. Malu la pulakkkk








ni kertas mewarna abang
Ada juga pertandingan mewarna untuk murid-murid. Semasa sedang berlangsung sesi mewarna, aku la peneman mereka. Abang memang warna dengan cantik sekali. Hehe tapi mamanya la tukang tunjuk warna apa nak pakai.

Danish?! Huhu adik yang manja dan comel tu hentam saje la warna gambarnya. Boleh pulak tu guna hanya 4warna sahaja. Biru, merah, kuning, hijau. Warna-warni comot la jadinya. Tak sempat mama nak snap gambar. yang ada gambar danish senang hati ni haaaa


bawakan juga kek coklat moist ni untuk dinikmati bersama. Nak tempah cari ni dlikecakes

Sebelum balik, diumumkan pemenang untuk pertandingan mewarna.
Untuk pelajar berusia 4 tahun Danish dapat tempat pertama. Hihi gembiranya danish...
Apapun tahniah danish. Walau guna 4warna sahaja tetap menang ok... hihi sebenarnya kan yang berumur 4 tahun ada 2orang sahaja termasuk danish. Dan yang seorang lagi tu pulak datang pun dah lewat, mungkin juga tak sempat siap warna. Thorbaekk anak mama yang comel ni.


 Ni abang terima hadiah juga. Tempat pertama juga!!
Nasib la dua-dua pun dapat hadiah sama. mahu gaduh ni kalau lain-lain.

Thorbaekk juga abang yang bijak ni. Hehe memang cantik la anak mama ni mewarna. Sayang abang dengan adik. Muahh Muahh






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...