Friday, 4 October 2013

Berkuli Dahulu Sebelum Berbisnes

Dalam bisnes ada Skala 0 hingga Skala 5

Skala 0 adalah 'berkuli dahulu sebelum berbisnes'

MY STORY : 9 tahun lalu saya bekerja di company XX sebagai pekerja biasa yang memerlukan saya berhadapan dengan pelanggan. Kerja yang agak teruk boleh dikatakan masa tu sebab harus kerja lebih masa. Kalau masa tu umur saya adalah sangat sesuai untuk enjoy bagi kebanyakan 'jiwa muda' tapi saya pilih bekerja hehehe tapi dalam masa yang sama saya masih boleh enjoy sebenarnya.
Dari tahun ke tahun saya bekerja dengan company XX sehingga dari pekerja biasa hingga dinaikkan pangkat ke title 'manager'
Wahhh rasa macam best je kan pegang title macam tu. Sedar tak sedar 7 tahun rupanya saya berkhidmat. Sanggup tak cukup tidur, tak cukup rehat, kalau terpaksa sanggup bawa suami dan anak sekali ke tempat kerja. Anda rasa la kan, kenapa saya sanggup bekerja begitu? Sebab gaji? Ohh sudah tentu bukan sebab gaji. Kalau dipikirkan berapa sangat gaji yang dapat berbanding khidmat yang diberikan.
Kenapa perlu tunggu sehingga 7 tahun baru nak resign?
Sebenarnya saya minat, suka dan sayang sangat dengan kerja saya. Saya rasa seronok dan enjoy walau sesekali stress.
Terima kasih sangat pada Field Manager saya masa tu sebab menasihati saya supaya resign. Hehe agaknya kalau tak dinasihatkan, agak-agaknya saya resign ke? Ops! Dinasihat resign bukan sebab saya tak bagus ye. Cuma masa tu saya perlu dipindahkan ke tempat lain tapi saya sendiri taknak. Dalam surat tawaran kerja dah tertulis yang setiap pekerja boleh dipindahkan ke mana-mana. Company XX seluruh Malaysia kan..  so, disebabkan taknak ditransfer, saya pun meletakkan jawatan dengan berat hati. Masa tu saya menangis depan suami sebab sayang sangat nak berhenti.
Kalau diikutkan sebab sayang dengan kerja jawatan 'manager' tu, saya sanggup ditransfer tapi bila memikirkan masa tu saya berulang alik agak jauh sebab ada anak yang masih bayi masa tu yang dijaga mama saya, so saya berhenti.
Selepas 3 bulan macam tu sebenarnya saya kembali bekerja dengan Company XX tapi di lain department. Kalau dah rezeki saya tertulis disitu, tetap juga saya disitu kan....
Nanti saya sambung my story yg kembali bekerja di company tu.
perasan tak? apa yang saya tengah buat sekarang ni adalah berdasarkan apa yang saya pernah lalui dulu. Bezanya sekarang dulu saya bukan 'tuan kedai' tapi sekarang saya la 'tuan kedai'. Melayan pelanggan saya sendiri, hasil jualan saya sendiri. Keuntungan juga saya punya sendiri bukan bekerja untuk orang lain.

Berkuli dahulu sebelum berbisnes

Best ke best?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...