Thursday, 30 May 2013

Selamat Hari Lahir Danish 3 Tahun

Alhamdulillah...  28 MAY 2013 genap usia Ahmad Afif Danish 3 tahun...

Buah hati, pengarang jantung mama yang bongsu. Sangat manja...
Alhamdulillah, Danish membesar dengan sihat dan aktif.
Ya Allah! Engkau jadikanlah anak ku ini seorang anak yg Soleh, anak yang mendengar kata, bijak mengaji dan berikanlah anak ku kesihatan yang baik selalu. Jadikanlah dia seorang yang bahgia, kaya dan berjaya di dunia mu ini apabila ia dewasa kelak... Amin...

Sekejap rasanya 3 tahun telah berlalu... Rasa macam baru semalam pangku Danish selepas beberapa saat dilahirkan. Itulah saat yang paling tak boleh dilupakan. Saat mengandungkan dan melahirkan seorang anak ke dunia. Subhanallah... hanya seorang ibu menikamati saat-saat begitu...

Mungkinkah aku akan menikmati lagi saat-saat begitu?...

Kalau ikutkan plan, nak buat majlis untuk hari jadi Danish dan buat sekali dengan Hadif tapi keaadaan tak mengizinkan dan terdapat beberapa masalah lain.
So, buat kecil-kecilan di rumah neneknya ajer...
Kebetulan petang tu kami balik Klang sebab tengok mama yang tak sihat. Pengsan tetiba. Huhu sangat risau dengan keadaan mama.










No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...