Monday, 15 April 2013

AJAIBNYA MEMBERI PELUKAN UNTUK ANAK DAN ORANG YG KITA SAYANG

1) Sentuhan dari orang yang kita sayangi akan meningkatkan jumlah hemoglobin di dalam darah. Hemoglobin merupakan salah satu bagian dari tubuh yang membawa oksigen ke seluruh tubuh, termasuk jantung dan otak.
Apabila jumlah hemoglobin semakin banyak di dalam tubuh melalui sentuhan seperti pelukkan dari seorang Ibu kepada anak, ianya akan mempercepatkan proses penyembuhan kepada anak ketika sakit.

2) Memeluk seseorang yang kita sayangi sebanyak 4 kali pelukkan akan mengurangkan tahap tekanan, 8 kali pelukkan akan memberi kestabilan emosi dan 12 kali pelukkan akan membantu perkembangan psikologi seseorang.
Pelukkan akan memberi seseorang berasa selamat dan dilindungi yang merupakan elemen penyumbang kepada perkembangan emosi dan mental yang sihat buat anak-anak.

3) Pelukkan juga dapat memberikan suntikan motivasi yang sangat hebat terutama bagi orang yang berputus asa dan berada di dalam kesedihan.
Daya sentuhan akan menghasilkan ketenangan buat mereka yang bersedih dan membantu mereka untuk keluar daripada zon kemurungan secara perlahan-lahan. Begitu juga pelukkan ibu kepada anaknya, akan menambah semangat belajar anaknya, asalkan pelukan itu disertai dengan pesan-pesan semangat yang lembut.

4) Pelukkan juga mampu meningkatkan tahap intelektual anak-anak. Mengikut kajian, kanak-kanak yang kerap menerima pelukkan akan lebih aktif mempamerkan potensi mereka samada di sekolah mahupun di rumah.
Keyakinan diri mereka berkembang elok melalui hasil pelukkan yang diterima setiap hari yang menjadikan mereka seorang yang berani mencuba.
Mereka juga tidak mempunyai masalah dalam pergaulan ataupun komunikasi sosial di kalangan ruang lingkup rakan mereka disebabkan sifat yakin diri yang tinggi di dalam diri mereka.


5) Hasil pelukkan yang kerap diterima akan menghasilkan seorang anak yang berkebolehan untuk memimpin. Sifat kepimpinan anak-anak boleh dilihat sejak mereka berumur 9 tahun lagi. Setiap anak-anak yang dilahirkan mempunyai tangungjawab untuk memimpin yang dinamakan ‘khalifah’ di muka bumi ini.
Menjadi pemimpin yang baik, mereka memerlukan sokongan dan memeluk anak dengan erat adalah cara yang terbaik untuk kita menzahirkan sokongan terhadap mereka.


Semoga kita dapat jadikan rutin memeluk anak-anak sebagai satu aktiviti wajib kita setiap hari. Inilah yang dikatakan makanan rohani yang bakal menjaga hati dan peribadi anak-anak agar tidak menjadi anak derhaka pada masa hadapan kelak.


We need 4 hugs a day for survival. 
We need 8 hugs a day formaintenance. 
We need 12 hugs a day for growth, 
~ claims Virginia Satir, a family therapist

“Hugging is a way of connecting with others, of showing your genuine affection and appreciation, of valuing others, and of giving. All of these are positive, healthy, life-enhancing purposes”, remarks Kevin Eikenberry, author of Vantagepoints on Learning and Life.


DmagicFemale -


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...