Monday, 11 March 2013

Tips PEMASARAN FACEBOOK by DAO


TEKNIK 1:
1) Upload gambar produk di Facebook Pages.
2) Beritahu pengalaman pelanggan (jika ada).
3) Respon pada semua komen di Facebook. Berinteraksi dengan mereka sebelum buat duit. Lagi banyak interaksi, lagi ramai orang akan tahu kehadiran bisnes kita!
Semoga berjaya!

----------------------------------------------------------------------------------------------

TEKNIK 2:
CTA - Call to Action
Dalam bahasa Melayu, ia lebih sinonim dengan, "Arahan Untuk Bertindak".
Manusia tidak akan melakukan sesuatu jika tidak diberikan arahan yang JELAS.
Ingat, bukan sekadar arahan.
Tetapi arahan yang JELAS.

Contoh arahan yang TIDAK Jelas adalah seperti berikut:
"Sila hubungi kami untuk dapatkan maklumat lanjut."
Arahan di atas bukan sahaja merugikan. Malah melepaskan peluang keemasan untuk kita buat lebih banyak duit di Facebook.

Jadi, bagaimana arahan yang sesuai?
Ini skripnya:
"Hubungi kami di 601X - XXXX XXX untuk dapatkan maklumat lanjut."
Dengan meletakkan nombor telefon, ia dapat meningkatkan peratusan pelanggan untuk membeli produk daripada kita.
Teknik ini memang mudah. Tetapi tidak semua orang praktikannya dengan betul.

----------------------------------------------------------------------------------------------

TEKNIK 3:
Belajar untuk tulis IMPAK produk atau servis yang kita niagakan.
Apa maksudnya?

Pertama, pelanggan tidak membeli ciri produk. Contoh ciri produk adalah seperti berikut:
"Saya jual produk XXX yang mengandungi 33 jenis herba yang dan gabungan 9 jenis vitamin yang diekstrak di negara Nepalserta Selatan Filipina."
Penerangan ciri langsung tidak bangkitkan keghairahan dalam diri pelanggan.
... Jadi bagaimana pula dengan tulisan berlandaskan IMPAK produk?
Fokus pada Kesan Produk atau Servis kitan kepada pelanggan.

Sebagai contoh:
"Produk ini bantu Tuan/Puan untuk TURUNKAN BERAT BADAN sebanyak Xkg dalam tempoh masa Xkg. Tanpa perlu Tuan/Puan lakukan sebarang pembedahan yang berkos tinggi!"

Ayat IMPAK adalah:
"TURUNKAN BERAT BADAN."
Sebab sasaran kita adalah mereka yang ingin turunkan berat badan.
Jadi penting untuk kita tulis ayat yang menjurus kepada KEMAHUAN PELANGGAN.
Jika tidak, setiap kempen pemasaran kita adalah sia-sia.

----------------------------------------------------------------------------------------------

TEKNIK 4:
JANGAN BUAT BANYAK BISNES!
Ya, jangan buat lebih daripada 1 bisnes selagi kita belum berjaya kaut untung yang besar daripada bisnes pertama.

Terlalu banyak peluang yang boleh kita ambil untuk buat duit di Facebook.
Walaupun ia peluang keemasan, namun ia boleh jadi peluang yang bakal melingkupkan diri kita.

Ramai orang terlalu ghairah untuk memulakan banyak bisnes.
Akhirnya, semua bisnes itu rugi besar dan tutup kedai.

FOKUS adalah kunci utama untuk berjaya dalam bisnes.
Terdapat 5 kunci keramat dalam FOKUS:
1) FOKUS sehingga kita dapat RM1 juta.
2) FOKUS sehingga bisnes kita boleh jadi auto-pilot. Iaitubisnes boleh berjalan tanpa kita perlu ada di sana.
3) FOKUS sehingga kita jadi pakar industri.
4) FOKUS sehingga kita berjaya buatkan pelangganyakin dengan jenama bisnes.
5) FOKUS sehingga bisnes kita jadi satu "EMPAYAR" di Facebook.
Jangan hilang fokus.

... Selagi belum berjaya dalam satu bisnes, maka jangan mimpi untuk buat lebih banyak bisnes.
Lihat bagaimana jenama-jenama bisnes yang besar lagi lumayan di luar sana.
... Mereka bermula dengan satu bisnes.
Kemudian baru ia berkembang menjadi telaga duit yanglain.
Semoga bermanfaat. :)

----------------------------------------------------------------------------------------------

TEKNIK 5:
BERHENTI BERJUDI NASIB DI FACEBOOK!

"Saya sudah update status di Facebook Pages."
"Tetapi kenapa tidak ada satu jualan pun yang berlaku?"

Kesilapan peniaga Facebook tiada Jualan adalah kerana
"Tidak kemaskini status Facebook secara KONSISTEN."
Apa yang berlaku di sini adalah,
"Itu adalah status Facebook yang pertama dan terakhir beliau Post."
Maka ini kesilapan BESAR.

Apabila melakukan pemasaran di Facebook, kunci kejayaan seterusnya adalah memastikan:
"Kita kemaskini status Facebook secara konsisten."
Kesilapan yang orang ramai lakukan adalah update1 status sahaja. Kemudian dibiarkan satu status itu sampai berkarat.

Lebih bahaya, mereka berharap 1 status itu cukup untuk menghasilkan ratusan jualan.
Gaya fikir seperti ini adalah SILAP & BERBAHAYA.

PENTING untuk kita KONSISTEN update status supaya:
1) Wujudkan kepercayaan dan keyakinan.
2) Interaksi bersama bakal pelanggan.
3) Membina kredibiliti yang kuat dan melekat dalam fikiran pelanggan.
Jika tidak konsisten, maka padah menanti kepada bisnes kita.

----------------------------------------------------------------------------------------------

TEKNIK 6:

Apa yang buatkan pelanggan berkata,
"Saya mahu beli produk awak sekarang juga!"
Nak tahu? ;)

Malah caranya mudah, tidak perlu matematik berkuasa tinggi dan sebagainya.
Apa yang perlu kita lakukan adalah:
UPDATE GAMBAR STOK PRODUK

Jika kita mempunyai bisnes berkaitan produk,maka kita cuma perlu:
1) Update gambar stok produk di Facebook.
2) Beritahu pelanggan bagaimana untuk dapatkan stok ini.
3) Berikan tawaran hebat seperti diskaun 50% dan sebagainya.
... Oops.

Bagaimana pula dengan servis?
Senang.
Kita cuma perlu tampal gambar di Facebook berkaitan dengan:
1) Miting bersama klien.
2) Klien yang berpuas hati dengan servis kita.
Cara ini sahaja pasti berjaya bangkitkan keghairahan pelanggan untuk BELI produk kita!
JOM TRY & ADJUST NOW! :)


----------------------------------------------------------------------------------------------

TEKNIK 7:

3 JENIS DIALOG PENARIK DUIT DI FACEBOOK!

Gunakan Facebook Pages kita untuk:
1) Bertanya khabar.
2) Minta pendapat mengenai sesuatu bidang.
3) Tanya masalah dan ambil berat.

Tiga cara dialog ini akan mewujudkan lorong duitdalam bisnes kita!
Kerana ia akan membuatkan pelanggan rasa begitu dihargai.
Penting untuk setiap peniaga di Facebook ingat, orang yang berikan duit kepada kita adalah Manusia.
... Manusia ada Emosi.

Apabila kita mengamalkan 3 jenis dialog di atas, kita akan menceriakan emosi mereka.
Apabila mereka ceria, maka nama bisnes kita akan melekat di dalam minda mereka.
Cuba kita gunakan 3 jenis dialog di atas.
Kemudian rasai kesannya.
Kita seronok, pelanggan lagi beronok-beronok (HEH!).
Selamat mencuba! ;)

----------------------------------------------------------------------------------------------

TEKNIK 8:
SHARE-ABLE CONTENT

Apa yang perlu kita lakukan adalah:
1) Muat naik gambar-gambar berdasarkan trend.
+ Sebagai contoh, gambar kucing comel, gambar lucu dan sebagainya.
 + Kawal penerbitan gambar ini agar tidak terlalu banyak di muat naik.
+ Semua boleh Search di www.google.com!!

2) Muat naik video jenaka atau testimonial pelanggan.
+ Cara ini lebih cepat dan menguntungkan.
+ Lagi banyak orang share, lagi besar ruang duit bisnes kita

3) Kongsi ayat-ayat menarik seperti:
+ Quotes daripada orang ternama, selebriti, pemimpin dan sebagainya.
+ Untuk insan beragama Islam, boleh kongsi ayat-ayat pedoman.
Penting juga untuk kita berfikir di luar kotak "out of box"untuk melakukan kempen pemasaran viral.

----------------------------------------------------------------------------------------------

TEKNIK 9:
Strategi 4 Musim Facebook

PELUANG = DUIT

Sebagai contoh, kita boleh adakan Diskaun Istimewa khas bersempena dengan Tahun Baru Cina.

Pemasaran gaya ini dinamakan sebagai pemasaran gaya Asia. 
Di mana kita memahami musim-musim tertentu. 

Supaya kita sebagai peniaga dapat maksimumkan keuntungan dan menarik lebih ramai pelanggan.

----------------------------------------------------------------------------------------------

TEKNIK 10:
SENJATA PELARIS PEMASARAN FACEBOOK!

Impak daripada senjata ini:
1) Pesaing takut untuk bersaing dengan kita.
2) Kita akan peroleh limpahan pelanggan di Facebook.
Apakah senjata itu?

Senjata Eksklusiviti
Beri Layanan Istimewa kepada pelanggan kita menerusi Teknik Eksklusiviti.

Pecahan senjata pemasaran ini adalah seperti berikut:
1) Buat pengumuman di Facebook berkaitan dengan tawaran harga TERHAD untuk jumlah tertentu.
Contohnya, "Potongan harga 50% untuk 5 pengguna Facebook yang komen XXX sekarang!".

2) Apabila berhubung dengan pelanggan, berikan tawaran kejutan.
Contohnya, "PERCUMA produk X sebagai tanda penghargaan daripada Kami!".

3) Apabila kita hantar produk atau servis, selitkan ucapan TERIMA KASIH kepada pelanggan.
... Senjata ini SERIUS POWER.

Sebab ia bakal membuatkan pelanggan kita rasa begitu dihargai.
Lebih menarik, mereka akan jadi PUAK BISNES kita di Facebook.
Mereka akan jadi PELANGGAN SETIA! ;)

----------------------------------------------------------------------------------------------

TEKNIK 11:
FORMULA 7 SAAT - TIMELINE FACEBOOK

1) Hasilkan reka bentuk a.k.a design grafik yang memukau pengguna.
+ Gunakan warna yang striking.
+ Gunakan tema berkaitan dengan produk yang kita jual.

2) Tulis ayat-ayat TAWARAN EKSKLUSIF.
+ Contoh: "Klik gambar ini dan komen 'XXX' untuk menang hadiah XXX".

Cover Photo adalah paparan pertama yang pelanggan kita bakal lihat. Oleh itu, maksimumkan impaknya.

Santau mereka serta merta menerusi:
1) Imej grafik yang menarik.
2) Ayat-ayat tawaran yang mengiurkan.

----------------------------------------------------------------------------------------------

TEKNIK 12:
Listen... Listen... Listen

Setiap bulan, luangkan masa kita untuk dengar rintihan pelanggan.
Tanya mereka.
"Apakah masalah yang mereka hadapi ketika ini".

Tunjuk kepada mereka bahawa kita bukan sekadar jual produk.
... Tetapi kita juga adalah peniaga yang Berperikemanusiaan.

Ini adalah rahsia pemikat pelanggan dalam bisnes.
Tanya soalan-soalan seperti berikut di Facebook Pages:
1) "Apakah masalah yang anda hadapi ketika ini?"
2) "Produk apa yang anda perlukan ketika ini?"
... Dan sewaktu dengannya.

Soalan ini bukan sekadar tingkatkan kepercayaan pelanggan terhadap kita di Facebook.
Malah ia dapat berikan ratusan signal-signal yang lumayan!

Kita dapat kenal pasti masalah yang berlaku dalam diri pelanggan.
MASALAH = PELUANG
PELUANG = WANG BESAR
Mulai saat ini, ajukan soalan-soalan untuk mengetahui masalah yang pelanggan kita hadapi.
Kaji setiap jawapan supaya kita boleh hasilkan produk mengikut keperluan mereka! ;)

----------------------------------------------------------------------------------------------

TEKNIK 13:
Facebook Ads - Kos Murah, Pulangan Berganda

Kita boleh gunakan Facebook Ads.
Facebook Ads adalah ruangan iklan yang dibukaoleh pihak Facebook, untuk peniaga-peniaga manfaatkannya.

Kelebihan Facebook Ads adalah:
1) Jimat (Murah gila kosnya!).
2) Pantas (kita dapat lihat hasil kurang 10 minit).
3) Kaut duit berkali-kali (Ini yang syok!).

Secara ringkas, kita perlu laburkan sejumlah wang untuk gunakan iklan di Facebook.

Facebook Ads sangat berguna untuk:
1) Tingkatkan LIKE.
2) Tingkatkan SALES.
3) Tingkatkan EXPOSURE.

Kita tidak perlu labur RM5,000 hinggaRM10,000.
Menggunakan Facebook Pages, kos pelaburan minimum kita adalah serendah RM0.10 hingga RM1 sahaja.
... Bergantung pada kreativiti kita menghasilkan iklan yang MENARIK dan TERTARIK.

----------------------------------------------------------------------------------------------

TEKNIK 14:
3 UBAT UNTUK JADI JUTAWAN!

UBAT #1 - Mimpi Tidak Semuanya Indah
Kerja gila-gila.
Kejayaan itu tidak datang dari langit.
Kita sendiri kena usahakan sendiri. Kita sendiri perlu bekerja keras.

... Ini ubat untuk jadi jutawan.
Jangan berhenti berjuang. Teruskanberniaga sehingga jadi jutawan.
Wujudkan MATLAMAT dan SEBAB kita mahu jadi insan kaya dan berjaya.

Tulis dengan lengkap, padat dan penuh dengan emosi.
Setiap jutawan yang lahir di dunia ini mempunyai sebab yang kukuh untuk mereka jadi jutawan!

UBAT #2 - Hari Hari Buat Duit Di Facebook!
... Dalam bahasa mudahnya: KONSISTEN.

Orang yang berjaya, mereka buat sesuatu sehingga habis.
Kunci kejayaan mutlak terletak pada konsistensi seseorang.
Oleh itu, kita tidak boleh berhenti buat duit di Facebook.
Alang-alang sudah buat duit di Facebook, biar sampai jadi Jutawan Facebook!

UBAT #3 - Bersatu Dengan Jutawan dan Bakal Jutawan
Berniaga secara berjemaah.
Berniaga dan saling bantu membantu di antara rakan-rakan lain.

Kita tidak perlu takut pada pesaingan.
Untuk berjaya di Facebook, sinergikan diri kita dengan peniaga-peniaga yang hebat.
Mereka ibarat dos-dos suntikan yang bakal memberikan kita semangat, inspirasi dan motivasi untuk lebih kaya dan berjaya!
Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat tingkatkan momentum kita semua secara drastik.

Jadi jutawan bukan untuk diri sendiri.
Tetapi...
Jadi JUTAWAN kerana mahu membantu lebih ramai orang.
Itu tujuan kita semua hidup.
ADD VALUE dalam hidup orang lain.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Semoga kita Semua terus BERJAYA, BERJAYA dan BERJAYA!
Semoga berjaya mencapai impian untuk jadi seorang JUTAWAN FACEBOOK!

Aminn...

Special for All My Lovely Agent .. ;) U Are AWESOME!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...