Friday, 22 March 2013

SEMINAR WANG POWER

Assalammualaikum....

Alhamdulillah dapat sertai satu Seminar Duit kat Damansara minggu sabtu lepas...
Sangat banyak yang dipelajari berkenaan duit... Memang sangat kritikal bila kita tak manage duit kita dengan betul. 10/20 tahun lagi pun belum tentu kita boleh menyimpan kalau takde ILMU atau cara yang betul untuk simpan duit atau cara yang betul menggunakan duit.
Azam saya bermula APRIL ini menggunakan Sistem yang dipelajari. Hope success dan boleh berjaya membuat saving yang banyak banyak banyak. 5 tahun akan datang sangat mengharapkan semua impian akan tercapai... Amin....


<<< Ni la penyampai seminar. namanya Abang Abu. Eh! panggilnya abang abu, nama tak tahu la.
Kalau tak silap abang abu orang Singapura. Kalau join seminar dia yang advance boleh pegi Singapore untuk networking.

Wah... Mama Hadif Danish ni pergi berjalan dan melancong ke Singapore pun tak pernah lagi...


Ni adalah permainan yang dimainkan semasa sesi seminar. Ni bukan sebarangan permainan yang ala-ala Saidina tu ye. Ni memang sangat sangat lain permainannya.
Daripada permainan ini jgalah kita belajar cara pengurusan wang kita masuk dan keluar. kalau tak pandai manage memang nampak sangat la masa permainan ni.


 Setiap orang diberi pekerjaan dan berapa wang perbelanjaan kita dan saya dapat pekerjaan sebagai seorang Pilot yang gajinya besar.
Apa yang saya pelajari, semakin besar gaji kita semakin besar perbelanjaan kita.

Ni abang abu tengah menerangkan cara permainan.

 Ni group kami yang Awesome! 

Brother ni seorang sahaja yang berjaya melepasi pusingan pertama permainan ini yang syaratnya untuk keluar dari belengu kesempitan duit. 
Pendapatan pasif mesti melebihi gaji kita sendiri baru kita boleh keluar dari dunia kesempitan duit. 
Lepas main permainan ni baru tahu macam mana nak ada duit lebih... 
Semoga mama hadif & danish berjaya mengumpulkan pendapatan pasif! 

Lepas habis seminar, sesi bergambar dan berkenalan... Wah... memang best sebab dapat jumpa wanita-wanita Hebat! 
 Ni Dr Dini Rahiah... Ermmm nak cerita sangat pasal dia pun saya tak tahu. Kalau anda nak tahu google ye... jangan lupa! 

 Yang ni memang sangat saya kagumi beliau. Memang dah lama saya sangat teringin nak berkenalan dengan beliau. Ni Pn. Suraya seorang usahawan yang ada cawagan kedai barangan bayi. Hope 1day saya akan jadi seperti beliau. Pn Suraya juga seorang Pakar Laktasi penyusuan susu ibu... 
memang excited bila dapat jumpa beliau. Memang berimpian nak jadi macam Pn Suraya...

 Saya dipeluk oleh Pn Iera Yusoff... seorang JUTAWAN WANITA... 
Hebat sangat beliau ni... Saya juga berimpian menjadi seorang wanita seperti beliau...
Yang sebelah lagi tu ops! xsempat berkenalan... maybe 1day kita jumpa lagi...

WE ARE AWESOME!

Dan yang paling tak disangka-sangka... saya berjumpa dengan businessman yang membuat sabun pencuci pakaian sendiri... Alhamdulillah... ditunjukkan jalan... 
Semoga apa yang diminta dan dipohon, ALLAH SWT perkenankan... Amin...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...