Friday, 22 March 2013

SELAMAT HARI LAHIR HADIF 4 TAHUN

20 MARCH 2013... genaplah usia anak mama Ahmad Hadif Irfan berusia 4 tahun...

Alhamdulillah membesar dengan sihat, cergas dan baik akhlaknya... Rasa seperti Hadif atau mama panggil dengan panggilan Abang, seperti masih berada dalam perut mama dan masih kekal diingatan mama suara tangisan abang semasa masih bayi...
Paling mama tak dapat lupa bila mama terpaksa berjauhan dengan abang atas tuntutan kerja... Maafkan mama sayang... mama dengan papa bukan sengaja nak tinggalkan abang dengan atuk dan nenek tau... Semuanya sebab mama bekerja dan tak sanggup nak tengok abang dibawah jagaan orang lain sayang... dan dalam masa yang sama mama mengandungkan adik Danish... Walau dah ada adik, mama tetap sayang abang. mama sayang semua anak-anak mama. Insya-Allah takkan ada beza kasih sayang mama. Dua-dua mama peluk cium setiap hari... kalau boleh setiap saat dan setiap minit mama nak peluk cium anak-anak mama...

Sekarang mama dah tak tinggalkan abang lagi. Setiap hari abang berada dekat dengan mama. walaupun mama pergi mana sekali pun abang tetap dekat dihati mama begitu juga dengan adik Danish... Sayang sangat kamu berdua dan insya-Allah kalau mama ada anak yang lain juga, mama akan sayang semuanya dengan sama rata tanpa pilih kasih...

20 march 2013... abang berusia 4 tahun... mama mendoakan abang sentiasa berada dalam keadaan sihat, berjaya didunia dan diakhirat. Jadilah anak yang Soleh ye sayang... Anak yg sentiasa mengingati dan mendoakan mama dan papa serta menjaga adik-adik...
Takde hadiah yang mampu mama berikan selain kasih sayang dan cinta mama pada kamu abang... dan juga DOA mama sentiasa mengiringi perjalanan hidup abang...








No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...