Bismillah....
Semoga hari-hari yg anda lalui dalam keadaan baik-baik.
Berjujuran airmata saat entry ni buat.
Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah aku dan seluruh ahli keluargaku dan berikanlah kami kesihatan yg baik.
Kepada semua yg membaca entry ini, minta jasa baik anda untuk mendoakan abang sulung saya sihat dan sembuh dari penyakit.
*******************************
Abang saya dimasukkan ke hospital bulan lalu. Ketika saya, kakak, abah dgn anak2 saya ingin menikmati nasi lemak diwaktu petang disebuah kedai, abah terima panggilan mengatakan abang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Kami bergegas ketempat abang dan membawa abang ke hospital PPUM. Hampir 2minggu abang ditahan di wad. Keadaan abang tidak teruk, abang nampak semakin sembuh dan sihat namun masih merisaukan mama dan abah. Abah setia menemai abang disaat waktu rehat abah ketika bekerja dan setiap hari balik kerja abah akan datang melawat abang dahulu sebelum balik rumah.
Selepas keluar dari wad, abang nampak sihat. Boleh bekerja seperti biasa. Namun 2minggu kemudian abang ke hospital lagi. Ada sesuatu yg tak kena pada mata abang tapi aku sendiri taktahu sebab apa sebab aku tak penah tanya dan ambil peduli. Kesian abang tanggung sakit...
20 February 2013...
sepatutnya abang pergi bercuti bersama abah dan mama serta adikku ain ke Jakarta.
Tapi last minit abah kata abang tak dapat ikut atas urusan yg aku sendiri taktahu.
Rupanya abang perlu ditahan diwad selama 2 minggu untuk dimasukkan ubatke dalam darah abang. Abang sendiri yg hubungi aku dan saat abang berkata pantas sungguh air mata berjujuran mengenangkan derita kesakitan yg abang tanggung. Ya Allah jauhilah penyakit dari seluruh ahli keluargaku. Lindungilah Kami Ya Allah!
Akhirnya selamat abah dan mama sampai ke Jakarta. Abang kini diwad dan tanpa diketahui oleh mama dan abah atas sebab taknak diorang risau kami terpaksa rahsiakan.
Hari ini petang aku mungkin akan ke hospital melawat abang. Aku sedih sebab tak dapat nak melawat abang selalu. Aku cuma boleh memanjatkan doa untuk abang. Semalam kakak ku ada datang melawat dan katanya keadaan abang agak teruk dari sebelum ni. Ya Allah semoga engkau lindungi abang ku.
Abang kandungku. Satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ku. Abang juga adalah harapan mama dan abah.
Abang.... Walau kita berjauhan aku tak penah lupakan abang. Aku sayang abang. Kenangan kita adik beradik sentiasa tersimpan kemas dalam kotak ingatan ku. Saat kita berbaik dan saat kita bergaduh... Walau kita bergaduh, aku takpenah membenci kau. Aku ada hanya kau satu-satunya abang yg ku ada dan disayang.
Semoga Abang sihat kembali.....
No comments:
Post a Comment