Alang-alang hidup, biar sampai jadi jutawan.
Sebagai manusia dan juga hamba Allah yang perkasa, sumbangan terhadap ekonomi adalah perkara penting bagi menaiktaraf agama dan meninggalkan legasi berkualiti.
Cara paling logik dan mudah untuk deraskan sumber ekonomi adalah menerusi perniagaan.
Rukun-rukun jutawan seperti di bawah ini boleh kita jadikan sebagai pegangan untuk dekatkan diri dengan magnet jutawan.
1) Rukun Robert Kiyosaki:
"Beli lebih banyak aset seperti hartanah khususnya. Jual dan elakkan daripada beli liabiliti. Hanya beli liabiliti apabila sumber duit pasif kita lebih besar daripada duit aktif."
2) Rukun Ainon Mohd:
"Dalam bisnes gaya Islam, kita tidak bersaing. Kita berlumba-lumba untuk berjaya dan membantu satu sama lain. Dengan cara ini, bisnes lebih cepat berkembang dan mempunyai jaringan komuniti berduit yang kebal."
3) Rukun Warren Buffet:
"Ada dua peraturan keramat untuk elakkan kita daripada berhutang. Peraturan pertama, jangan berhutang. Peraturan kedua? Patuh peraturan pertama."
4) Rukun Dr. Azizan Osman
"Untuk jadi jutawan, alihkan fokus utama kita untuk membantu selesaikan masalah orang ramai. Gunakan sehabis baik kepakaran dan ilmu pengetahuan yang Allah turunkan pada diri kita."
5) Rukun Abdul Rahman bin Auf
Peniaga multi-jutawan yang tersohor dunia dalam lagenda Islam, Abdul Rahman bin Auf menjadikan bisnesnya sebagai jambatan untuk dekatkan diri dengan syurga Allah.
Setiap perolehan rezeki dan harta digunakan sebagai senjata untuk bersedekah, zakat dan memajukan agama Islam.
No comments:
Post a Comment