Wednesday, 27 February 2013

5 Proses Dalam Membuat Pemasaran Produk Perniagaan Anda

Pemasaran atau “Marketing” bagi usahawan adalah sangat penting. Pemasaran bukan lagi menjadi satu cabang dalam perniagaan malah ia mula menjadi sangat penting sehingga merangkumi keseluruhan perniagaan.
Ramai orang yang membuat kesilapan apabila keliru perbezaan antara pemasaran dan jualan.
Membuat jualan bermaksud, anda menjual produk syarikat anda kepada pelanggan dengan pertukaran kepada wang yang diberikan kepada anda.
Manakala pemasaran dalam perniagaan pula adalah satu konsep yang bermula daripada pembuatan barangan, pemasangan, penjualan, penghantaran malah ia merangkumi keseluruhan aspek sesebuah perniagaan itu. Membuat jualan hanyalah salah satu cabang pemasaran.
Proses yang termaksud dalam pemasaran ini terdapat 5 tahap…
a. Mengenalpasti Peluang
Yang paling utama dan pertama ialah anda mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh manusia. Daripada masalah datangnya peluang untuk anda menyelesaikan masalah ini atau menambah nilai kehidupan seseorang manusia. Sebagai pertukaran, mereka akan membayar anda.
Terdapat juga ketika di mana manusia secara umumnya tidak tahu apa yang mereka perlukan. Jadi anda sebagai seorang usahawan perlu berfikir untuk membuatkan mereka memerlukan sesuatu produk.
Jika beberapa puluh tahun lepas, orang tidak tahu mereka perlukan TV yang besar, camera yang kecil atau ipad di tangan mereka. Namun sekarang timbulnya semua ini menjadikan pelanggan ‘memerlukan’ produk-produk ini.
Jadi tidak mustahil untuk anda sebagai usahawan untuk mewujudkan sesuatu yang bakal menjadi keperluan manusia.
b. Pembangunan Produk Baru
Selepas mengenalpasti masalah dan peluang yang boleh dicipta. Anda perlu membina atau mencari produk yang boleh menyelesaikan masalah ini. Produk ini boleh jadi dalam bentuk barangan atau perkhidmatan atau dalam apa saja bentuk lain.
Setelah berlakunya kes penculikan Nurin, saya menjadi agak sedih dengan apa yang berlaku. Namun pada waktu itu, saya tidak mencari atau melihat apa-apa peluang. Namun apabila baru-baru ini pula berlaku kes penculikan yang lebih kurang sama terhadap seorang kanak-kanak bernama William.
Ini menjadi saya sangat marah dan sedih. Oleh yang demikian, saya cuba berfikir apa yang saya boleh bantu masyarakat untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi lagi. Maka akhirnya saya mendapat idea untuk mengimport produk Taman Permainan Kanak-kanak yang boleh diletakkan di dalam rumah.
Jadi bagi saya, proses kedua ialah dengan mengimport barangan ini dari China untuk dijual di Malaysia.
c. Menarik Pelanggan
Selepas pembangunan produk ini selesai. Kini anda perlu menghubungkan produk ini dengan manusia di luar sana. Ini bahagian yang mungkin lebih berdebar-debar kerana segala usaha anda sewaktu membangunkan produk hanya akan menunjukkan hasil di tahap ini.
Anda perlu menjadikan tawaran anda ini sangat menarik sehingga ianya sukar ditolak oleh pelanggan anda.
Apa kaedah menarik pelanggan anda ? Soalan ini perlu dihadamkan dan anda perlu mencuba satu persatu untuk mendapatkan kaedah untuk berjaya.
Kekadang, jika kita memilih kaedah yang salah, anda akan kehilangan duit yang banyak di tahap ini.
Contohnya, jika anda menjual pakaian untuk wanita bekerjaya, sudah tentu anda tidak sesuai untuk mengiklankan barangan ini di dalam Majalah Mastika.
Walaupun hampir kesemua pembaca majalah Mastika ialah wanita, namun kebanyakkan daripada mereka adalah suri rumah dan tidak bekerja. Mereka mungkin tidak membaca Mastika dan mungkin mereka membaca Mingguan Wanita. Mungkin majalah Mingguan Wanita lebih berkesan untuk anda.
Realiti seperti ini anda akan belajar satu per satu dan anda perlu mencuba sedikit demi sedikit untuk satu tempoh masa kira-kira 1-2 tahun. Selepas itu anda akan mula memahami siapa yang anda cari dan bagaimana mencapai dan menarik perhatian mereka.
d. Penjualan Kepada Pelanggan dan Kesetiaan Pelanggan
Pada tahap lepas mungkin anda dapat menarik 100 orang dan daripada 100 ini hanya 10 yang bersetuju dengan anda dan ingin membayar wang kepada anda. Kini anda sudah mempunyai 10 orang pelanggan.
10 orang ini sangat penting buat anda dan sewaktu anda bersama mereka, anda perlu berfikir bagaimana untuk membuatkan mereka datang semula kepada anda untuk membeli lagi sekali atau berkali-kali daripada anda.
Ini adalah satu pemikiran yang bagus kerana anda akan melayan pelanggan anda dengan lebih baik jika anda yakinkan diri anda bahawa mereka akan membawa lebih banyak keuntungan.
Keuntungan ini boleh jadi dalam bentuk mereka datang untuk membeli lagi atau mereka mempromosikan kepada rakan-rakan mereka. Kedua-duanya sangat penting dan akan meringankan beban pengiklanan anda dan akan mengembangkan perniagaan anda.
Pada tahap ini, kesetiaan pelanggan adalah sangat-sangat penting. Jangan menjual tanpa objektif ini dalam kepala anda.
e. Memenuhi Pesanan Pelanggan
Ini adalah elemen terakhir dalam proses ini. Kini giliran pelanggan pula menunggu anda memenuhi permintaan mereka.
Pada tahap ini anda perlu membuktikan bahawa duit yang dibayar oleh pelanggan anda itu berbaloi dan pastikan mereka puas sepuas-puasnya sehingga mereka akan datang lagi atau akan ceritakan kepada orang lain.
Ini adalah bahagian anda membungkus barangan jualan anda, memberikan barangan ini dengan senyuman, atau menghantar ke kereta mereka.
Atau jika anda menjual online, ini adalah tahap anda menghantar produk ini dengan bungkusan yang selamat dalam waktu yang dijanjikan.
Biasanya pelanggan akan sangat gembira jika anda over-deliver atau memberi kepada mereka lebih daripada yang sepatutnya anda beri.
Ini akan membuatkan mereka tersenyum sendirian melihat kepada produk anda.
Inilah secara ringkasnya elemen-elemen yang penting dalam pemasaran perniagaan. Semua elemen ini wajib anda hafal dan selami dengan sepenuh hati dan fikiran anda.
Jika mana-mana antara elemen ini yang anda gagal atau membuat dengan kurang baik. Perniagaan anda akan tercedera dan ia akan mengakibatkan keuntungan anda berdarah.
Sekian, terima kasih
Credit : Shahabudeen Jalil

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...