Friday, 25 January 2013

Kita ada SIKAP ORANG BERJAYA?

Ramai orang suka "ter" inspirasi dengan orang lain yang berjaya samada berjaya itu dari segi kerohanian, keagamaan, kerjaya, perniagaan, kekeluargaan atau dari segi material dan kewangan. Dan tidak pelik juga bila ada yang mula pasang angan-angan untuk menjadi seperti mereka yang mereka "ter"inspirasi tersebut.



Menjadikan kejayaan orang lain sebagai sumber inspirasi kita adalah satu perkara yang bagus kerana ramai orang bertahun-tahun hidup mungkin kurang contoh atau inspirasi yang boleh menjadikan mereka lebih yakin untuk mencapai impian mereka.

Jika anda ingat kisah tentang Roger Barnister, orang pertama yang berjaya menjadi orang pertama di dunia berlari memecut larian 1 batu dan berjaya mencapainya dalam masa kurang dari 4 min pada tahun 1954. Sebelum itu, semua orang tidak pernah percaya yang manusia biasa boleh memecut kurang 4 min berlari 1 batu. Roger Barnister tekad memecahkan rekod tersebut setelah beliau kalah di dalam sukan Olimpik tahun 1952 untuk larian 1500 meter. 

Setelah Roger menjadi orang pertama memecahkan rekod tersebut, dia menjadi sumber inspirasi oleh ramai yang lain untuk melakukan perkara yang sama atau lebih pantas dari itu. 

Persoalannya

Adakah anda mempunyai SIKAP mereka yang berjaya? 

Adakah anda mempunyai "PUSH" atau 'DRIVE' yang luar biasa di dalam mencapai impian anda?

Atau anda hanya berangan tapi tidak ada keberanian untuk merealisasikannya?

Berkali-kali saya ulang di dalam perkongsian sesi-sesi seminar saya tentang betapa mereka yang berjaya mempunyai atau memaksa diri mereka mempunyai atau mengikuti proses atau sistem yang mudah tetapi perlukan pengorbanan dan tindakan. 

Apa yang mereka berjaya ini ada?

1. Komitmen lebih daripada 100%
2. Kuat keyakinan mesti capai apa yang mereka inginkan dengan amat yakin yang mereka mesti mencapainya serta kuat pergantungan mereka dengan yang Maha Kuasa
3. Matlamat yang sangat jelas 
4. Tidak melayan suara negatif dalam diri atau di keliling mereka
5. Tida ada pilihan untuk berputus asa
6. Mencari jalan untuk mencapainya dengan berilmu samada dengan belajar dari mereka yang telah berjaya atau membaca 
7. Bertindak lebih dari biasa yang dibuatnya
8. Determination/ Tekad
9. Sentiasa bergerak mendekati matlamatnya
10. Fokus

Dan of course banyak lagi sikap mereka yang perlu ditekankan di dalam hidup kita.

Bersambung......

- Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan (IMKK2013) - AzizanOsman.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...