Formula MESTI – Kisah UiTM, Jet Ski dan RM30,000 Sebulan
Bina bisnes atau kerjaya mengikut kehidupan yang kita inginkan. Kemudian berdasarkan minat dan keutamaan masa kita.
Seorang kawan, dan beliau merupakan junior saya semasa di UiTM dahulu, kini memiliki satu perniagaan menyewakan Jet Ski yang terbesar di Langkawi. Dulu dia bekerja 7 hari 7 malam selama bertahun-tahun, tetapi tidak gembira kerana itu bukan passion dia.
Kemudian dia kumpul duit dan belajar bagaimana untuk memulakan perniagaan jet ski.Kerana itu minat dia, sehingga satu masa, dia berhenti kerja dan mulakan perniagaan tersebut.
Dia bukan sahaja ada banyak masa dengan keluarga, tetapi dia buat benda yang tiap-tiap pagi dia suka mahu buat, iaitu main jet ski. Pendapatannya tidak kurang daripada RM30,000 sebulan.
Sebab tu pentingnya prinsip M.E.S.T.I.
- M- Minat, mentor, matlamat.
- E – Elmu, ilmu tentang emosi diri dan memahami emosi diri serta ilmu untuk bertindak.
- S – Sistem dan strategi.
- T -Tindakan luar biasa, terus-terusan untuk tolong orang lain.
- I – Intention (Niat) dan impian yang jelas dunia akhirat.
No comments:
Post a Comment