Wednesday, 3 October 2012

Yang Mana Satu Jadi Pilihan

Tengah survey Tadika untuk Hadif. Tahun depan dah 4 tahun. 4 tahun je pun, dah nak antar Tadika ke?! Tapi rasanya dah elok sangat lah di dedahkan dengan alam persekolahan. Kepala pon tengah pening sebab tak tau nak hantar kat mana. Banyak gak nak kena fikir. Antaranya lokasi, kemudahan, yuran pendaftaran, transit...aduuuuuuuhhhhh...baru nak masuk tadika dah pening. Tu blom masuk darjah satu lagi. Cadangnya umur 6 tahun nanti nak terus masukkan PRA Sekolah je.

Kritiria untuk memilih tadika mestilah kalau boleh nak yang terbaik kan. Dan yang penting, menitikberatkan pembelajaran islam. Ada beberapa tadika yang dah di survey, antaranya PASTI, Little Caliphs, Genius Aulad. Kalau boleh nak yang area² Sunway ni jugaklah. Senang nak hantar dan senang nak gi kerja. Paling mudah PASTI la, yg sememangnya Hadif dah tinggal di situ.

Tabika KEMAS plak memang dekat sangat dengan rumah tapi masalahnya transit lepas Tadika tu nanti macam mane? Risau gak kalau takde orang boleh tengokkan. Nanti entah mana2 plak Hadif tu pegi. Kalau uols nak tau lebih detail pasal pendaftaran Tabika KEMAS ni, bley layari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Tadika PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) Al-Wahdah. Pendaftaran dah dibuka sekarang ni. Ermmm risau plak kalu lambat2 dah penuh plak nanti. Ni memang sebelah nursery yg menempatkan Hadif sekarang ni. Ye la, owner yg sama. Wahhh nasib baik dapat plak DUIT KUTU bulan ni, boleh la terus mendaftar tapi masih survey tadika tempat2 lain.

Genius Aulad. Semua dah sedia maklum pasal GA ni kan. Teringin gak nak hantar Hadif & Danish kat sini. Tapi rasanya macam tak mampu lah. Kena tengok pada budget dulu. Lokasi pon agak jauh dari rumah. Smart Reader plak memang di luar kemampuan lah. Registration jer dah macam nak masuk Universiti gamaknya. Ni baru anak nak masuk Tadika, kalau masuk Universiti memang bertungkus-lumus la mencari duit. Apapun menabung daripada sekarang adalah amat penting untuk pelajaran anak2.

Apa pon, setiap parents nak yang terbaik untuk anak. kalau boleh nak hantar ke sekolah yang bagus. Tapi kita kena tengok pada kemampuan jugak. Kena ukur baju pada badan sendiri. Kalau tak mampu, tak perlu lah nak hantar kat sekolah yg mahal². Jangan sampai terbeban dengan masalah kewangan di kemudian hari. Yang bagus tak semestinya mahal dan yang mahal tak semestinya bagus *erk...mcm pernah dgr jer...ekekeke*. Betul tak ^_^


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...