Thursday, 4 October 2012

Yang Mana Satu Jadi Pilihan (2)

Misi mencari Tadika untuk Ahmad Hadif Irfan tahun depan. Yang Mana Satu Jadi Pilihan?, dah buat tinjauan di beberapa buah tadika. Dah call tanya macam² lah dan ada gak survey dalam ALAM MAYA dan baca dibeberapa BLOG. (Thanks pada BLOG yg cerita pasal Tadika) Tapi lagi best kalau jumpa owner sendiri kan. Cakap dalam phone tak berapa best sangat. Ni antara tadika yang aku call:

1) GENIUS AULAD

Registration ada 2 options including admin fees, ICT and others. Tapi untuk buku tak termasuk. Umur untuk pendaftaran bermula dari 4 tahun - 6 tahun.

Option A = RM788 (1 year Fees)

Option B = RM568, selebihnya bayar kemudian

Ada 2 session class:

1) 8.30 am - 11.30 am
2) 1.30 pm - 4.30 pm

Monthly fees RM268.00. kalau tak silap baca dari beberapa BLOG cost ni dah meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Tapi ini mungkin bukan pilihan sebabnya tiada dikawasan berdekatan.

2) Tadika Khalifah Kecil (The Lil' Caliph)

Registration fees adalah RM1200.00 including monthly fees untuk January 2013. Tak termasuk duit baju.

Monthly Fees = RM220.00. Class start from 8.30 am to 12.00 pm. Ni branch untuk Lil' Caliph. ingatkan murah, sekali amik ko...terbeliak bijik mata dengar registration fees....ahaks...
Ni ada dalam list pilihan sebab memang berdekatan dengan rumah, cuma belum tanya pasal boleh ke transit sampai petang atau kena tinggal tempat lain.

3) PASTI

Registration fees RM410.00 including baju, baju sukan, buku teks, bulan january 2013 nyer fees dan lain² lagi lah. Panjang plak klo nak tulis suma kan. Umur untuk pendaftaran bermula dari 4 tahun - 6 tahun.

Monthly fees RM80.00. Ada di sediakan daycare yg sememangnya Hadif Danish tinggal kat sini. Fully Day RM120.00 dan half day RM80.00. Let say kalau aku nak hantar Hadif kat sini, total untuk tadika and daycare adalah RM200.00 sebulan. Belum kira Danish lagi.... Danish sorang RM200. Overtime charge start dari pukul 6.30 pm. Sejam charge RM5.00

Petang ada di sediakan kelas iqra' dan Al-Quran. Tapi kena bayar RM30.00

Class session start dari pukul 8.00 am - 12.00 pm.

Transit (van) RM80.00. Yang ni mana yang hantar untuk tadika saja, nursery kat tempat lain.

NI lah antara Tadika yang sempat di survey. Tapi buat masa ni yang berkenan di hati adalah tadika PASTI. Criteria tadika yang aku cari ni suma nya dekat ngan umah. Cuma Genius Aulad  nih jauh sket. Lagi pon yuran agak mahal.

Tapi mungkin kami pilih PASTI kot. Yuran pon agak berpatutan. Yerlah...ikut kemampuan kan. Kalau gaji kecik tapi nak hantar skolah mahal, tu menyiksa diri namanya. Lagipun, nampaknya Hadif Danish memang dah serasi kat sini.

Okayyy Ini ajelah yang boleh dikongsikan. Pada yang ada anak nak skolah tahun depat, surveylah dari skang, nanti tempat penuh. Pilih ikut kemampuan. Survey harga, daycare, transit dan yang sewaktu dengannya.

Ni baru anak nak masuk tadika dah pening, tu belum nak masuk skolah rendah, menengah dan seterusnya...haihhhhhh...

"Yang bagus tak semestinya mahal dan yang mahal tak semestinya bagus"...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...