Sunday, 2 September 2012

Tak Suka!! Tak Suka!!

Haishhh...
Sengaja entry kali ni buat tajuk cam ni menunjukkan ketidakpuasan hati.
Ermmmm ni entry luahan perasaan, sesiapa yg terasa diri dia yg saya perkatakan, maaflah ye... Saya tak bermaksud nak buruk2 atau mengata sesape cuma sekadar keluhan hati ini. "harap ada yg memahami"

Masih dalam bulan SYAWAL... 
Dan masih ramai yg ambil kesempatan mengadakan rumah terbuka dihujung minggu, lebih2 lagi kebetulan hari jumaat adalah cuti umum sempena hari kemerdekaan.
So, saya juga tidak lepas peluang ke rumah terbuka sepupu en.suami kat Gombak. Kakak ipar dan seorang adik ipar perempuan turut serta. Kira2 jam 1ptg kami sampai. Masih tiada tetamu yg datang. So, mudah la sikit nak makan, masih tiada orang lain. 
Lepas selesai makan, sempat la lepak2 juga sebab anak2 blh plak layan cerita ULTRAMAN kat ruang menonton. Makin lama makin ramai gak tetamu yg datang. Dan.... TAK SUKA! TAK SUKA! Ni yg tak berapa nak berkenan ni. Kenapa erk?!
Dah dapat agak dah.. Mesti DIA datang. sape?! Cer agak2 sape. 

Ni yg susahnya kalau exGF atau exBF kita tu sedara-mara atau ada hubungan kekeluargaan dengan kita sebabnya bila time RAYA ada rumah terbuka atau ada kenduri-kendara mesti jumpa. TAK SUKA laaaaa.

Memang hati ini terdetik ajer dia akan datang sebab sepupu hubby ni mak sedara dia dan yg rapat juga dengan dia. Aduhhh sakit hati lak rasanya. Cam nak sesak nafas pun ado..

Time dia datang tu, saya ada kat dalam di ruang menonton dan hubby ada kat luar. Mestilah hubby nampak dia datang kan. #Oh his come with her husband. #Oh hati ini tetap masih sakit walau dia sudah punya kehidupan baru. 
Ermmm husband dia mungkin DUDA kot sebab ada budak 2 org yg datang bersama mereka. Elok la tu kahwin gak, tak kisah la duda ke apa janji kau tu kawin gak kan. Kalau tak sememangnya kau dah layak digelar ANDARTU, umur pun dah  lewat 30-an. 
Entah la kenapa hati ni sakit sangat bila tengok muka dia. Memang dari dulu aku tak pernah MAAFKAN kau!! Apa yg dia dah buat sampai camtu sekali?! Huhhh macam2 dia buat dan aku tak pernah sikit pun lupa.  (tak perlu la rasanya nak diceritakan kat sini) 
Memang kau tak perasan aku kan... Selamba ajer tegur adik ipar tapi dia tegur dari jauh, saya ada depan adik ipar saya tu terlindung disebalik dinding. Kalau lah dia tau saya ada duduk kat situ confirm dia tak tegur adik ipar saya tu kan. (Agaknya la)
Bila saya lalu baru dia perasan agaknya. Saya lalu sambil mendukung Danish. Dia ada pandang kat saya tanpa senyum. Saya?! Menjeling dengan sombong dan berlagak. HAHAHA tak baikkn saya buat camtu tapi memang saya tak boleh la nak tengok dia apatah lagi kalau nak berbaik. SAKIT HATI SANGAT!! 

#Oh hati sudah panassssss
Kalau boleh taknak duduk lagi lama... Huh nasib baik pastu hubby datang panggil balik. #Oh hubby masuk dalam rumah. HUH sengaja la tu nak tengok & senyum2 kat pompuan tu. SAKIT HATI!! 
Saya memang taknak tunggu lagi... cepat2 je nk balik.

Dalam kereta, hati ni terlalu ingin cakap kat hubby tapi tak terluah la plak. Nak cakap apa??
Saje nak tanya pasal pompuan tu la tapi rasanya cam tak perlu kot cakap kat hubby sebab nanti hubby teringat plak kat pompuan tu dan mula lah terbayang detik2 manis bersama. CEH!!
#Oh okay saya tanya kat hubby "tu laki dia ke? Duda eh?"
Okay, tak perlu sebut nama sebab sememangnya en.hubby tau siapa yg dimaksudkan dan kalau dia tanya gak saya cakap pasal siapa, nak je rasanya saya tarik rambut dia.
Hubby kata "mungkin kot sebab nampak ada budak dengan diorg"
#Oh okay, hubby perhatikan dia. Dan saya marah hubby sebab tak bagitahu pasal dia kahwin hari tu. Marah sebab hubby buat2 tak tahu. SAYA TAK SUKA ORANG MENIPU OKAY!!!
Atleast terus terang jer la, bukan saya nak marah pun. Saya lagi suka sebab takde lagi PEROSAK RUMAHTANGGA orang lain...

ps : Sesapa yg terasa cerita ini adalah kisahnya, HARAP MAAF ye. Saya sekadar meluahkan apa yg saya rasa. Baik jugak la saya kan sebab tak cerita apa yg telah membuat saya SAKIT HATI



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...