Majlis walaupun dirancang disaat akhir tp alhamdulillah berjalan dgn lancar hingga ke akhir majlis.
Majlis hanya dihadiri jiran2 dan kawan2 mama & abah ku. Ada juga sedara-mara datang memeriahkan majlis. Dan sebelah petang kawan2 kakakku datang beraya. SAYA?! Ermmm takde jemput sesapa pun sb rumah mama yg agak jauh menyukarkan kawan2 nak dtg. Adik beradik ipar pun saya tak jemput sb majlis hanya dibuat secara kecil-kecilan. Tak ramai yg dijemput.
Ni goodie beg yg dibuat untuk kawan2 my mom yg dtg utk bacaan doa selamat tu. Bt sikit je. Yg siap semua ada 21 beg aje dan bila majlis bermula, makin lama makin ramai plak kengkawan my mom yg dtg. #OMG beg goodie xcukup. Terpaksa la sy bt aje apa yg ada. So dapatlah 30 beg. Minta maaflah pd sesape yg xdpt. Ni kira cam sedekah je kat org yg dtg. Specialnya dlm beg ni dpt mug dan pin.
Semasa majlis, tidak dapat diambil gambar sebabnya xde tukang photografer. Sy sgt sibuk melayan kerenah hero kecik 2 org tu. Biasalah, time ni papanya kerja pulak. So, gambar makanan pun lepas kengkawan my mom blk br dpt snap.
Alhamdulillah banyak juga makanan yg dpt disediakan utk tetamu. Yg special adalah air jeli kelapa buatan my mom. Keawtiaw goreng dan bihun goreng, sepupu my mom yg masak. Rendang ayam ada juga dan disponsor oleh sepupu my father plak. Tauhu sumbat kakak sy yg beli. Yg best juga roti jala makan dgn kuah durian. Nampak kt gambar atas tu ada nasi impit kan. Makan dgn sambal sotong, lontong dan kuah kacang. Saya rasa banyak sangat menu, tu yg tak berapa nk habis kan. Banyak pilihan.
Okay... Nak tido kan hero kecik.
Fuhhhh lega. Akhirnya hero kecik 2 org ni tidur akibat kepenatan & keletihan.
Sebelah petang, abah saya dgn kengkawannya lepak, makan dan berborak.
Kemudian riuh dgn kengkawan kakak sy pulak. Malam ada plak sedara mara yg dtg. Keletihan rasanya.
No comments:
Post a Comment