Teori Baumrind mengatakan, ada tiga kategori menjadi ibu bapa (parenting style) yang boleh diaplikasikan oleh ibu bapa.
Yang pertama ‘autoritative’. Ibu bapa memberi galakan dan petunjuk kepada anak dalam apa jua perkara yang dilakukan. Ibu bapa memberikan satu garis panduan apa yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat serta mengapa itu dan ini. Ibu bapa dan anak-anak seperti kawan.
Yang kedua, ‘autoritarian’. Ibu bapa mendidik anak menggunakan kekerasan seperti rotan, arahan dan hukuman yang keras. Semua keputusan di tangan ibu bapa. Anak-anak tidak layak bersuara.
Yang ketiga, ‘permissive’. Ibu bapa memberi sepenuh kebebesan kepada anak-anak untuk melakukan apa sahaja. Ibu bapa juga tidak peduli apa yang dilakukan oleh anaknya itu sama ada ia baik atau buruk asalkan tidak mencampuri urusan mereka.
Daripada ketiga-tiga gaya keibu bapaan ini, yang pertama itu adalah lebih baik. Anak menjadi lebih hormat kepada ibu bapanya di samping berkeyakinan dalam hidupnya. Yang kedua mungkin anak menjadi orang yang berjaya tetapi tidak bahagia dalam hidupnya. Yang ketiga, mungkin anak akan berjaya, tetapi lebih banyak yang tidak berjaya dan hidup bergelandangan atau tiada arah tuju dan tidak bahagia juga.
Kekerasan bukan jawapannya (sekali sekala itu boleh). Ketika memandikan adiknya, katakan sekali “tengok adik mandi, segar kan...haa..lepas ni abang mandi pulak”. Terangkan lah mengapa perlu mandi. Jadikan juga mandi suatu aktiviti yang menyeronokkan. Boleh juga sekali sekala mandi bersamanya menunjukkan aktiviti yang menggembirakan. Mungkin juga puan boleh membuat tawaran seperti “ kalau tak mandi tak boleh makan” atau “ lepas makan baru mandi” atau “lepas mandi baru boleh main/tengok kartun” atau “siapa tak mandi mama tak ajak jalan-jalan” atau sebagainya.
Oleh: EDITORIAL PAMA
Tarikh: 10 September 2012
No comments:
Post a Comment