Entry kali ni ada gak kena-mengena dgn tajuk entry.
Semalam sempat keluar untuk berbuka sesama rakan sekerja.... tak ramai pun, cuma kami bertiga sahaja... planningnya macam ramai tapi masing2 ada komitmen lain. Kali ni je pun dapat sesama, seorang rakan kami iaitu Kak Azie trainer Shah Alam akan transfer ke Penang disebabkan suaminya akan berpindah tempat kerja ke sana.
Tempat berbuka kami memilih makanan Steamboat kat Alamanda, Putrajaya. Wahhhh sebenarnya ni la kali pertama saya sampai ke sini. Best jugak....
Nak datang sini kena tempah dulu tau... bukannya apa, nanti xde tempat nak berbuka. Memang ramai sangat orang.
| masak jangan tak masak |
Harga? Boleh tahan... tapi ni bukan self service. Makanannya adalah mengikut harga se'piring' tu 1 jenis. Okay la, harganya RM3.60. Kami ambil yg set punya, siap order air sorang 2. Set ada untuk 2 orang & 4 orang. Disebabkan kami bertiga, ambil aje set 4 orang. Total semuanya RM84.00.
Kebetulan kami disana semasa sedang berlakunya pemberian ice cream percuma oleh Baskin Robbin sempena Olimpik. Tapi kami tak ambil pun. Ramainya susah nak cakap. Lagipun diorg sediakan kupon hanya utk 2000org sahaja. Tu target diorang la. Tapi rasanya lebih 2000org. Memang ramai sangat manusia. Sampai nak balik dan siap Mall dah tutup lampu pun masih lagi orang beratur nakkan ice cream free. Bukannya yg free je ramai, tempat2 lain yg jual ice cream pun ramai manusia.
No comments:
Post a Comment