Sunday, 19 August 2012

Perabot Baru > Mood Raya

Bila nak raya, masing2 sibuk la nak tu baru, ni baru. Kalau boleh nak semuanya baru, bukan setakat perhiasan diri tapi perhiasan rumah pun nak baru...
Tapi saya beli perabot baru bukan sebab raya tau tapi sebab sememangnya rumah saya xpernah ada perabot 'mewah'. Rumah tu nampak macam rumah org bujang ajerrr. En hubby kata apa salahnya kita tambah perabot dalam rumah, memandangkan rumah ni dah sememangnya kami duduk sini dah. Kalau dulu xtrasa sgt sebab kami tinggal beransingan dan berjauhan.
Mula2 pegi tempat perabot cadangnya nak beli sofa ajerrrr tapi saya rasa kalu ada sofa tapi tv xde kabinet macam xlengkap. So, tambah kabinet tv. Nak yg exclusive ajerrr. Sampai kat kedai perabot, hubby tanya 'nak tambah apa2 tak?'
Haaa tu la, jangan ditanya. Saya pun apalagi, minta tambah kabinet hiasan penjuru. Kelassss kau... Nak beli satu dapat tiga.
Memandangkan nak raya dah, so kemungkinan sampai barang lepas raya tapi lepas dua hari order terus dapat panggilan org nk buat penghantaran kabinet. Sofa delivery kemudian. Haaaa macam ni la service bagus. Mau xbagus kalau beli CASH! Xsempat lak nak ngecat dinding rumah yg dah dipenuhi hasil seni Hadif & Danish.
Penghantar kabinet tu pun satu hal, hantar time kerja. Bila kita suruh tunggu kejap bising2. Terpaksa la hubby balik rmh kejap settle kan.
Tak siap settlekan kabinet, dapat call plak nak bt penghantaran sofa. Waktu boleh pilih bila nak. Saya minta hantar hari sabtu, senang hubby nk kemas2 dulu tapi jumaat malam lepas berbuka terus je nak hantar dah. Org nak antar awal, terima je la. Dapat la merasa duduk sofa baru sekejap sebelum balik berkampung...  Seronok lak tengok Hadif & Danish suka ada sofa. Kecik lak rumah rasanya bila ada perabot. Time nak beli kabinet tv nampak cam kecik aje tapi bila dah sampai rumah... Mak aiii besaunya.... Tapi best. I LIKE!!!!














No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...