Thursday, 23 August 2012

:: Minggu Pertama Raya 2012 ::

Assalammualaikum....
Masih dalam mood beraya... Masih sibuk mencari-cari rumah yg boleh dikunjung bagi menambahkan jumlah duit raya terkumpul anak-anak. Alhamdulillah, hari ni adalah Syawal yg ke-5. (semasa entry dibuat)
Macam-macam rasanya nak cerita.... Tapi nak cerita dulu pasal kejadian tragik saya pada pagi raya kedua.

2 SYAWAL....
suatu pagi yg damai... Tetiba terasa perut ku sakit, sakit teramat yg sakit sgt. Sukar nak gambarkan sakitnya. Mungkin juga dek kerana makan yg melampau time beraya dihari raya pertama. Itupun sebenarnya saya agak control makan bukan sebab nak diet tau tapi sibuk melayan Hadif & Danish. Nak makan dengan aman memang agak terganggu. 
Adoiiii sakitnya perut.... Buang air besar? #Oh hampir 2 kali dah ke tandas. Kemudian, niat dihati nak membasuh baju2 raya yg telah dipakai pagi raya pertama, memandangkan kami akan pulang ke Kuantan. Rumah ibu mertua ku. Ikutkan perancangan kami akan bertolak pagi lepas anak2 bangun tidur. 
Ke tandas kali ke-3, terasa teramat sakit la sangat perut ku. Baru saje melangkah kaki ke dalam bilik air, saya rasa ingin pitam. Berpaut pada sinki.... 
Tetiba saya dengar suara orang riuh rendah. Suara mama saya paling kecoh yg saya dengar tapi tidak jelas apa yg diperkatakan. "Kenapa? Kenapa?" saya cuba bertanya tapi xde sesape beri jawapan. Mungkinkah mereka xdengar pertanyaan saya.
Ketika itu, saya dapat melihat suami saya sedang mengangkat kaki saya dan seseorang sedang mengangkat badan (xdpt dipastikan siapa) lalu saya dibaringkan ke atas tilam berdekatan Danish yg sedang tidur dan mama sibuk membasuh muka ku dan memberi ku minum. #Oh aku pengsan rupanya. Dipastikan dari apa yg mereka katakan. Saya hanya mampu mengangguk dan menggeleng kepala. Terasa badan terlalu lemah sangat. 
Paling yg saya terkejut, tempat letak shampoo dalam bilik air pecah sebab kepala saya terentak kat situ. Bekasnya rak bawah bahagian penjuru bilik air utk letak shampoo. Abah saya kata benda tu memang keras dan agak payah nak pecah sebab abah penah pijak kt situ tapi xpecah pun. Huhhh kuat gak saya jatuh tapi kepala apasal xrasa cam sakit. #Oh sakit terasa ditengkuk. 
Akhirnya, kami bertolak ke Kuantan lewat petang, sempat plak anak2 ikut atuk diorang shopping brg kat tesco.

4 SYAWAL.....
Sorry skip untuk 3 Syawal sebab entry dah panjang dan xde cerita #best. Cerita 4 Syawal lagi menarik. 
Menarik? Memang sangat menarik... Sesuatu yg xdijangkakan, terima khabar berita bekas kekasih en.suami akan berkahwin hari ni... Terkantoi lak ada orang terlepas cakap kat saya. 
Satu keluarga en.suami punya la cover depan saya. Hehe diorang xtau pun sebenarnya saya tau. En.suami pun xtau sebenarnya saya memang dah tau. Elok la tu kawin. Saya memang susah hati pompuan tu xkawin sb risau dia sibuk dok kacau kami. 
Time mak mertua & ipar duai nak ke majlis kawin tu, hubby bt xtau je. Xde rasa cam nak pegi. Saya xkisah pun... (dalam hati Allah SWT aje yg tau) alasannya sb ada org nk dtg beraya. Memang ada la kawannya yg dtg pun. Saya buat2 la tanya kat adir ipar, sape yg kawin. Dia cuma jawab sedara je. 
Hehe saya saje cuba tanya kat hubby lak. "kenapa papa xpegi kenduri ni?"  hubby cuma jawab, biar la diorg aje yg pegi, bukan kenal pun. Tak kenal? Haha buat2 xkenal lak. Menyesal lak xcakap "xsanggup nk tengok exGF sanding ke?
Saya cuma cakap, 'kata sedara xkan xkenal'. Hubby jawab 'ala bukan sedara dekat. Saya balas balik, 'selalunya hubby kalau ada majlis sedara dekat @ jauh mesti pegi'. Hubby diam je, nampak muka dia berubah sikit. Malas saya nk panjang2 cerita, biar la yg lalu tu terus berlalu....



*** SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN ***

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...