Demamnya agak tinggi juga dan hari isnin saya terpaksa antar ke taska disebabkan keje dan bila ambil waktu petang, dah ada tumbuh macam ruam kat tengkuk. Mulut Hadif & Danish ada tumbuh ulser. Kesian gak tgk diorang. Tak boleh nak makan dan minum. Danish minum guna stram atau cawan. Makan langsung taknak. Sedih lak tgk sebab Danish macam fobia je nak hisap botol. Selalunya minum air kosong tapi kali ni botol dipegang sahaja.
Kul 10pm tiba kat Emergency Hospital Serdang. Hari tu dalam bulan 2 ada gak datang sini bawa danish. Sekarang ni persekitaran hospital juga agak berubah sedikit. Boleh plak ada parking khas utk kakitangan hosp. Ermmm makin kecik la tpt parking. Bila masuk, guard akan bagi tiket dan bila balik kena pulangkan semula tiket tu. Tiket free xpe lagi...
Saringan pertama, Danish kena ambik darah. Hadif xde pape. Mungkin Hadif demam biasa je kot. Untuk saringan kedua, jumpa doktor dan keputusan darah.
Semalam pegi klinik biasa je dah kena charge RM87 untuk 2 orang, hari ni datang hospital charge RM2 je... untuk 2 orang.
Menunggu Giliran....
Hadif masuk dalam dulu jumpa doktor... doktor bagi ubat sapu, ubat demam & antibiotik. Danish agak lambat sikit sebab tunggu keputusan darah. Bila turn Danish dipanggil jumpa doktor, kena plak ambil darah lagi sekali. Doktor xdapat nak pastikan lagi apa penyakit Danish.
Memang boring la menunggu, kena plak Danish asyik ngamuk aje. Satu hall wad emergency tu dengar suara Danish aje. Mana tak ngamuknya, nak minum tak boleh pastu dia tak selesa sebab orang ramai.
Lepas pasang benda ni kat tangan dia, lagi kuat la mengamuknya. Taknak duduk dalam langsung. Terpaksa la dukung Danish kat luar.
Kul 1pagi sudah... Tahan plak mata Hadif & Danish ni menunggu. Tengok la apa diorang buat.
Alhamdulillah... ingatkan dah kena tahan wad. Doktor mintak pantau kat rumah je dulu. Dalam 2hari kalau xboleh makan minum lagi baru masuk wad untuk masuk air.


.jpg)

No comments:
Post a Comment