Sesape yang melayan cerita slot Akasia kat TV3 setiap isnin-khamis jam 7pm memang familia la dgn tajuk entry saya kali ni. Saje nak cerita tentang drama ni sebab teringat sama cam saya dolu...
Lebih kurang 3 bulan sebelum saya nak kahwin boleh plak 'terjatuh cinta' dengan seseorang yg saya jumpa masa wedding kawan baik saya. Mamat yg saya jumpa tu plak adalah 'kawan lama'. lebih kurang 4tahun baru kitorang jumpa balik kat wedding kawan saya. Jatuh cinta ke?! entah la.... mungkin sebab gaya dan cara dia sama macam orang yg pernah saya sayang dulu kot....
Sempat la juga kitorg 'kawan' walau dalam saya tengah sibuk persiapan perkahwinan yg tinggal sebulan je lagi. Sempat juga saya berkenalan dengan keluarganya ketika menghadiri majlis perkahwinan salah seorang kakaknya dan gambar wedding tu masih dalam simpanan saya.
Memang timbul juga masalah lepas tunang saya dapat tau saya berkawan dengan orang lain time tu yg tinggal kurang dari sebulan je lagi kami akan bernikah. (macam DejavuDiKinabalu) Keputusan adalah ditangan sama time tu. Dah macam Nadira, susah nak buat pilihan. Akhirnya memang saya memilih tunang saya time tu dan sekarang menjadi suami saya yg sah....
Lepas keputusan dah dibuat dgn memilih en.hubby, sejak hari pernikahan sehingga sekarang kami tak pernah berhubung lagi. No phone juga tiada dalam simpanan saya. Rumah keluarga dia memang saya tahu tapi siapalah saya nak pegi ke sana kan selepas mengecewakan anak lelaki mereka. Entah2 sekarang ni dia dah berkahwin agaknya. Pada kawan2 dia juga saya tak pernah bertanya khabar dia. Biarlah kami hidup dengan cara masing2. Tiada jodoh maknanya, sebab kami jumpa lagi beberapa bulan saya nak kahwin.
Memang saya setuju sangat dalam cerita 'DejavuDiKinabalu' memilih Bazli iaitu tunangnya sendiri.
Eh!!! Apahal ni? Kata endingnya en.Bazli yang bersama Nadira tapi kenapa en.Amar plak ni... Ada kesilapan dimana2 ke?
hehe sebenarnya ni sedutan yg diambil dari tonton ending kalau Nadira bersama en.Amar. Kan penonton yg tentukan siapa pilihan akhir Nadira.
No comments:
Post a Comment