Training Department Team adalah team keje aku. Ni la department aku bekerja dalam syarikat 7 Eleven ni. Dulu aku bahagian Operation. Bekerja kat kedai 7 Eleven selama 6 tahun. Kemudian resigned dan tidak bekerja selama lebih kurang 2bulan. habis la gak duit laki aku simpanan time tu. Lagi pulak time tu Raya Puasa. Tapi puas hati la berhenti sebab boleh raya puas2 kan. Lepas tu minta keje masih lagi dgn 7 Eleven tapi masuk department Logistik. Tempat pemunggahan barang yg nak diedarkan ke kedai2 7 Eleven seluruh semenanjung Malaysia. Ingatkan nak join company lain tapi nak buat cam mana kan rezeki ku di 7Eleven.
Kemudian aku bertukar ke department yg sekarang ni, Training Department. Seronok juga. Dapat tambah kenalan lagi. Namun tak lupa juga kawan2 kat tempat keje lama. Keje sekarang ni pun kena-mengena dengan Operation Department dan takde masalah sebab ramai yang saya dah kenal dulu. Ramai juga rakan seperjuangan dulu naik pangkat. Rezeki mereka dan bukannya rezeki saya. Rezeki saya sekarang Allah bagi saya bekerja dengan lebih tenang. Alhamdulillah.....
Selepas berkumpul seluruh Training Team bulan lepas meeting kat Port Dickson tu, kami berkumpul lagi hari ini kat HQ 7 Eleven. Kursus dengan QA Team tentang FOOD SAFETY. hehe sebelum nak mengajar orang lain, kami perlu kursus dulu dan diiktirafkan, barulah boleh jadi cikgu kepada orang lain.
Lepas kursus mestilah ada exam kan. Nak dapat sijil pengiktirafan. Tapi tak sangka la plak soalan exam ada 92 soalan. AMEKAW!! apasal diaorang tak bagi je 100 soalan kan senang. Agaknya dah xde idea nak bagi lagi 8 soalan tu kot.
YEAH!! Lulus dengan cemerlang.
Sempat bergambar kenang-kenangan.....
No comments:
Post a Comment