Wednesday, 23 May 2012

: Kisah Percutian Ke Sarawak :

Assalammualaikum....

Cuma nak updated sikit pasal bercuti ke Kuching, Sarawak.
bersiap dr rumah jam 9.00am
sempat mkn aiskrim, ayah su diorg belanja
Hadif & Danish memang teruja sangat bila tengok kapalterbang besar depan mata... selalu tengok kapalterbang kt atas tetiba tgk atas jalan plak.

with mom & sis in law
berdebar menunggu saat ingin menaiki kapalterbang
hehe berdebar la gak kan, pertama kali katakan... hehe hope sgt time ni Hadif & Danish xngamuk n meragam. Time nie dah kena ambik mood diorg. 
Dalam flight, Hadif pangku dgn papa, Danish mestilah dgn saya. Anak manja mama tu... Ada ambik seat utk Hadif sekali, tp bukan nk duduk pun. Takut kot. 
Perjalanan mengambil masa 1jam45min. Tak lama lepas naik flight, Hadif & Danish tido... Lega sikit. Aku pun apa lagi... lelap gak la skejap. Dah nak sampai kena bangun, rugi la kan xtgk pemandangan Sarawak. Bukan selalu boleh tengok. Nampak Laut China Selatan, pastu nampak Sungai & kawasan pedalaman. 
Dalam flight asyik dengar suara budak nangis je, nasib la Hadif & Danish okay je. Paling aku sakit hati, budak yg duduk seat belakang aku tu, dok kaki tendang2 kerusi aku. Geram je, nak je aku sound suh duduk diam2. Tiba waktu mendarat, Hadif terjaga terus menangis mungkin sebab rasa sesuatu kt telinga dia.
3.15pm, tiba di Kuching International Airport. Cantik gak tempatnya. Sampai, kena daftar kat Imegresen dulu untuk dapatkan pas lawatan. takut jadi warga asing Kalu hilang pas lawatan ni, xbalik KL la jawabnya. 
menjejakkn kaki di Bumi Kenyalang
Sampai je, terus cari pemandu pelancong yg kitorg ambik pakej tu. Orang tu stanby 3 van sebab takut kami ramai sgt. Memang kami ramai tapi 2 van dah cukup.
sempena hari Gawai
depan hotel kami

kami menginap di Ariva Hotel, 30minit dari airport. Boleh tahan gak harganya 300++ semalaman tapi kami dapat special price. sebabnya rahsia


sukanya main dalam bilik hotel ni

Seharian dihabiskan dengan waktu perjalanan je... sampai pun dah lewat petang waktu disana berlainan. Malam, kluar cari makan je.






Menu malam pertama di Kuching, sayur kangkung, tomyam campur, ayam panggang... Steamboat banyak kat sini tapi risau kalau2 ada non-HALAL.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...