Tuesday, 22 May 2012

Silap Mendidik

Pilih Kasih Antara Anak-anak.
Jangan sesekali anda bezakan kasih sayang pada anak-anak walaupun nyata ada seorang daripada mereka yang bijak dan pandai mengambil hati anda. Setiap kali ingin melebihkan seorang anak daripada yang lain, fikirkan apa yang anda akan rasa jika anda di tempatnya, menjadi anak yang dipinggirkan. Cara ini mampu menyedarkan anda tentang pentingnya menyayangi semua anak sama rata.
Menegur Menggunakan Perkataan Negatif
Ramai ibu bapa begitu mudah marah anak dengan menggunakan bahasa-bahasa yang kasar. Akibatnya, anak sudah terbiasa dengan perkataan negatif itu dan akan mengulanginya jika dia marah pada seseorang. Untuk mengelakkan hal ini terjadi, gunakanlah bahasa yang baik ketika menegurnya dan tegurlah dia dengan lembut dan bukan menengking atau menjerit.
Malas Berdoa Untuk Kesejahteraan Anak-anak.
Ketahuilah bahawa doa ibu bapa terhadap anak-anaknya sangat makbul. Jika inginkan anak yang mengikut perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya, rajin-rajinlah berdoa dan lebih elok jika bangun malam, bertahajud dan solat hajat. Insya-Allah, tuhan akan membantu kita. MUNGKIR JANJI Jangan sesekali mungkir janji pada anak-anak. Sekira tahu anda susah menepati janji, jangan berjanji. Akibatnya, anak akan mudah hilang kepercayaan pada anda seterusnya tidak akan menghormati anda.
Kurang Memberi Perhatian Pada Anak
Ada sesetengah ibu bapa selalu tidak mengendahkan setiap pertanyaan atau cerita anak-anak. Alasannya sibuk. Sepatutnya, ibu bapa perlulah sentiasa bertukar-tukar cerita dengan anak-anak dan bertanyakan perkembangan terkini mereka. Barulah anak rasa diri dihargai dan disayangi.
Terlalu Manjakan Anak
Kurang perhatian terhadap anak-anak tidak baik, terlebih memanjakannya pula boleh membinasakan. Langkah terbaik ialah sederhana dalam setiap tindakan dan perbuatan.
Tidak Menghargai Anak
Ramai ibu bapa sentiasa memang kelemahan anak-anak berbanding kelebihan mereka. Akibatnya, anak rasa kecil hati seterusnya menjauhkan diri daripada keluarga. Anak-anak ini akan memendam rasa dan membuatkan mereka murung.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...