28 May 2012 hari lahir Danish ke 2tahun. Dah besar rupanya ya... cepat je masa berlalu.
Teringat plak masa mengandung & bersalinkan Danish. Syukur alhamdulillah dipermudahkan segala urusan. Mengandung dan bersalinkan Danish memang berlainan dari Hadif. Apa yg lainnya? Danish lebih special kot. Segala perubatan kesihatan mengandung dibuat di klinik swasta, rasa cam ada doktor peribadi sendiri plak tapi bersalin masih di hospital yg sama Hadif cuma bezanya bersalinkan Danish duduk dalam bilik perseorangan. Bukan la nak beza2 kan anak tapi time Danish, alhamdulillah rezeki lebih sikit boleh la berbelanja lebih sikit.
Sekarang pun Danish dah 2 tahun, rasa2 dah boleh ada adik kan... hehe tapi sekarang belum rezeki nak bagi diorang adik lagi... hari tu ingatkan Danish nak ada adik dah rupanya belum lagi... baru lebih kurang 6bulan berhenti makan pil pastu hari tu lama gak cik P xdtg... urine memang xde, nak scan plak doktor suh tunggu selepas 6weeks. hehe berdebar je kan, tapi last2 xde pun. kecewa sikit la tapi xpe la Danish pun rasanya macam belum puas bermanja.
Danish memang sangat manja dengan saya, nak tidur mesti saya dodoikan atau dia tidur atas dada saya(dah biasakan dari kecik). Kalau ada adik xtau la camne kan. Bangun tidur mesti nak tengok saya, kalau mata dia masih tutup, dengar suara saya je pun xpe janji saya ada. Risau lak nak tinggalkan nextweek dgn papanya. Ikutkan hati nak bawak je. Hadif, saya xkisah sangat sebab dia dah pandai berdikari sekarang ni.
*lari tajuk sudah
Semalam sambut besday Danish kat taska. Saya tempah kek kat blog nie Memang selalu pun tempah kat kakak tu. rasanya pun boleh tahan sedap.
<<--- kek chocolate moist 2kg RM80. keliling kek ada gambar ultraman tapi xde snap pic dari tepi.
Hadif & Danish teruja bila tengok gambar sendiri kat atas kek.
Danish bersedia nak memotong kek. Hadif dah pandai, dia tau bukan besday dia sebab saya cakap abang dah potong kek hari tu yg makngah belikan.
tarik juga tangan Hadif potong kek sesama Danish
| NI UMMI HADIF & DANISH |
| SEDAPNYA |
| KAWAN-KAWAN HADIF |
| KELAB RAKAN SEBAYA |
No comments:
Post a Comment