Muzium Sungai Lembing ditubuhkan bagi mengimbau zaman kegemilangan Sungai Lembing sebagai bandar terkaya pengeluar bijih timah utama di negeri Pahang. Pada suatu ketika dahulu, bandar ini seumpama EL-Dorado Timur di Tanah Melayu kerana di sinilah terletaknya sebuah perkampungan pegawai Inggeris yang istimewa di Lembah Sungai Kenau. Namun, mulai 1984 segala kemewahan tersebut lenyap akibat kejatuhan harga bijih timah.
Keunikan muzium ini adalah kerana ianya ditempatkan di sebuah bangunan bekas kediaman Pegawai lombong itu sendiri yang masih mengekalkan ciri-ciri senibina zaman Inggeris. Lombong bijih timah di Sungai Lembing merupakan satu-satunya lombong bawah tanah yang terdalam dan terpanjang di dunia, yang pernah diusahakan secara besar-besaran dan pernah menjana ekonomi negara yang menjadikan Sungai Lembing begitu terkenal diperingkat antarabangsa. Muzium Bijih Timah Sungai Lembing mempamerkan koleksi peralatan perlombongan yang pernah digunakan untuk melombong bijih di bawah tanah. Di antara koleksi menarik yang dipamerkan ialah jentera gerudi, gerabak keretapi, pakaian topi keselamatan dan peralatan perabot pejabat pengurus lombong. (sumber: google.com)
<<-- paip - utk memancut air bertekanan tinggi bagi memecahkan tanah dan batuan lembut semasa kerja2 melombong.
alat pengasing buih - digunakan dalam proses awal utk mengkaji kandungan awal bijih timah.
alat kimpalan - utk mengimpal besi dan batang paip di kilang PCCL.
Lampu melombong - digunakan di stesen jana kuasa apabila berlaku gangguan bekalan elektrik di kawasan pejabat pekerja dan diluar kawasan.
Lampu jalan - dipasang di sepanjang jalan menuju ke kilang dan kawasan yg berhampiran pd tahun 1950an.
<<--- Alat menyukat graviti air
digunakan untuk menyukat catatn keberatan air sungai.
will be continue --->>> PART 2











No comments:
Post a Comment