Wednesday, 23 May 2012

Menaiki kapal terbang ke Sarawak

*update dihari pertama kt Sarawak, akan di update semula sekembalinya dari Bumi Kenyalang ini.
Huhuuu xtergambar perasaan ketika menaiki kapal terbang. Pertama Kali kan... Selama 25tahun baru ni la rasa naik kapal terbang. Mula2 tu macam2 la perasaan, hehe saya ni gayat pada ketinggian sebenarnya tapi lama2 syok gak rupanya ye... 
Alhamdulillah Hadif & Danish okay je. Seharian xtido, naik flight je terus nak tido. Danish tido je sepanjang perjalanan. Dah sampai baru bangun, nasib la mood okay je. Hadif tido dipertengahan flight, bila nak sampai terjaga lak terus ngamuk sebab telinganya berdesing. Saya heran sgt telinga berdesing, berada pada ketinggian 34000 kaki dari paras laut kemudian nak mendarat semula pastinya ada masalah tersebut. Dalam flight Memang dengar baby nangis jer, xtahan sebab telinga berdesing kot. 
 Penerbanagn berlepas Dari LCCt jam 2.00pm. Lewat sikit 10minit. Perjalanan ke Kuching memakan masa 1jam 45minit je. Sampai kat Kuching International Airport rasa cam pegi luar negara lak sebabnya nak masuk kena check in dulu kat jabatan imegresen. Kat kaunter tu kena ambik satu resit macam pas lawatan dan bila balik nanti kena pulangkan balik resit tu. Resit tu cam menunjukkan kita just datang melawat je, xboleh bekerja kat Sarawak ni dan resit tu akan tamat tempoh selepas 6 bulan. Seharian je dah waktu perjalanan. Kami menginap di Hotel Ariva @Ariva Gateaway Kuching. Bukan bilik biasa tapi macam sebuah rumah dua bilik lengkap peralatannya. Harganya RM300++ utk satu malam tapi kami dapat hanya RM60 semalam sebab suami adik ipar saya bekerja dgn Perkeso, jadinya claim under Perkeso la. Kami dh biasa ramai2 ni, kalau di Kuantan, rumah mak mertua pun besar cam ni tinggal reramai gak. Malam, makan kat kawasan berhampiran hotel je. Banyak steamboat kat sini tapi cam kebanyakannya bukan melayu, kami makan nasi berlaukkan tomyam je. Sambung esok nak jelajah bandar Kuching pulak.... 
 Apa yg best ye....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...