2 minggu lepas kami balik Pahang (xsempat nak updated mgu lepas), rumah mak mertua saya iaitu di Bukit Sekilau, Kuantan. Bertolak sekali dgn adik ipar. Minggu ni ke semua adik beradik lelaki hubby balik. So, ada 2org menantu mak mertua saya. Memandangkan adik perempuan hubby xde, menantu mak la memasak jawabnya. Saya ke? hehe saya hanya membantu je, bukan apa sibuk dgn Hadif & Danish. kejap2 nak kena tengok diorg ni, kalau saya yg masak confirm blh hangus. Nak harapkan hubby jaga blh tapi Danish kan manja dgn saya. apa2 pun mesti nak mama. Bangun tido cari mama, nak tido cari mama, walau saya xde kat sebelah janji dengar suara mama cukup la. Nasib baik biras saya tu xde anak, kalau tak, xkan nak harap mak mertua saya masak lak. Adik ipar lelaki yg sorg tu xbwk balik bininya.
Adik ipar saya bagi cadangan pergi muzium. Bukan kat KL ye, mesti la yg ada kat Pahang. Muzium Sg Lembing. erm teringin gak nak tengok apa yg ada. katanya Sg Lembing popular dgn bijih timah.

masuk dalam ni kena buka kasut okay... dari luar nampak kecik tp bila dah masuk dalam, terasa besar muzium ni. Saya lupa nak bawa balik kertas yg cerita pasal sejarah kt Sg. Lembing ni. Nak cerita pun, saya dah lupa.
Jom tengok apa ada dalam muzium ni...
PCCL ni seingat saya, sebuah syarikat kepunyaan org putih yg datang ke Sg Lembing ni dan majukan Sg Lembing ni dgn bijih timah. Mereka yg menggajikan orang2 melayu bekerja masa tu.


<<--- panggung wayang Sg Lembing di era 1930-an.
gambar rumah yg bawah adalah kediaman pekerja harian --->>
rumah yg atas adalah Bangunan Kelab Buruh











No comments:
Post a Comment