Tuesday, 8 May 2012
Gadjet Membunuh Makna 'Sosial' Sebenar
Tak percaya dengan tajuk? Okay, cuba korang pergi ke mana-mana kedai makan siap ada WIFI contohnya McDonald atau kedai2 mamak yang ada ramai orang then cuba perhatikan sekeliling. Mesti korang akan dapat tengok beberapa kumpulan khususnya remaja yang datang makan beramai-ramai tapi kurang bersembang sesama sendiri. Paling kurang pun, akan ada sorang yang bertindak jadi pendiam dan nampak sibuk dengan gadget dia. Tak kira la tablet ke, ipad ke, ataupun mana-mana smartphone, mesti akan ada satu setiap orang.
Semua kerana gadget! Orang tu akan jadi pendiam sebab terlalu asyik melayan social network pada gadget yang dia bawak hinggakan terlupa untuk bersosial dalam dunia sebenar. Terlalu asyik dengan Twitter dan Facebook ataupun akan datang mungkin akan ada lagi banyak social network yang boleh membunuh makna ‘sosial’ yang sebenar di dunia nyata.
“Seriously, don’t kill your real social relations guys. Kalau dah terlalu asyik sangat dengan gadget, why not korang pergi makan sorang-sorang je. Hanya bertemankan gadget korang tu dan kawan-kawan dalam social network pada gadget korang tu je. Rasanya macam tu lagi bagus daripada korang keluar dengan kawan-kawan tapi sibuk dengan gadget. Mungkin bagi mereka yang terbiasa dengan perkara tu nampak benda tu normal tapi bagi sesetengah orang, keadaan macam tu nampak agak kurang ajar.
“You have your friends with you but you give more attentions to gadgets? Bagi yang memang selalu sibuk dengan gadget untuk hal yang penting seperti kerja memang boleh dimaafkan sebab gadget bertujuan untuk memudahkan perkara sebegitu.
Tapi macam mana pulak dengan mereka yang terlalu asyik dengan game ataupun social network pada gadget diorang? Baru-baru ni aku tertarik dengan satu game yang menjadi viral untuk pengguna social network. Game tu lebih kurang macam ni la. Setiap orang yang ada pada tempat makan haruslah meletakkan phone masing-masing di tengah meja makan dan dalam keadaan terbalik. Siapa yang menyentuh hanphone tu sebelum bil makanan sampai, dia yang harus membayar keseluruhan bil tersebut. Game bermula selepas semua orang order dan akan tamat selepas bil makanan sampai.
“Phone stacking during meal game. Provokasi yang agak menarik lebih-lebih lagi kalau ada yang handphone lagi canggih. Mesti agak susah memandangkan dah terbiasa dengan gadget tu sepanjang masa even semasa makan. So, game tu boleh jadi cabaran untuk mereka yang taksub sangat dengan gadget khususnya handphone untuk tinggalkan sekejap. Hanya untuk waktu makan dan bersosial dengan kawan-kawan korang. Aku yakin, mereka yang lahir tahun 90′an dan sebelumnya akan faham macam mana kehidupan tanpa gadget. Lagi bermakna. Cuba tinggalkan sekejap gadget korang dan rasai balik macam mana kemanisan bersosial dalam ertikata yang sebenar dekat dunia nyata ini. Mesti kita akan lebih menghargai relations kita di dunia nyata berbanding gadget yang semakin lama membunuh makna ‘sosial’ yang sebenarnya bagi seorang manusia. Aku ada satu soalan. Boleh ke kalau tinggalkan semua gadget ataupun internet buat masa seminggu dan cuba hidup dengan keadaan macam tu? Ini boleh jadi satu cabaran untuk kita!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment