Disetiap 7eleven ada menampal poster mengenai kehilangan Nayati dan xsangka yg jumpa tu pun staff 7eleven sendiri. Dia dibebaskan selepas keluarganya membayar sejumlah wang tebusan secara tunai dikawasan yg dirahsiakan. walaupun bayar tunai tapi penculiknya belum ditangkap. Macam cerita dalam filem plak tp penculik dalam filem mudah nak tangkap. Nayati dibebaskan di kawasan hentian rehat dan dijumpai oleh seorang wanita.
Wanita yg menjumpai Nayati ini ialah seorg rakan lama saya yg saya panggil dia K.Ani memandangkan dia lebih tua dr saya. Dia pernah menjadi manager saya dulu lebih kurang 6 tahun lepas, pastu saya naik pangkat so, level kami setaraf. Kami sama2 bekerjasama dan 2 tahun lepas kami juga sama2 resign dan kemudian saya masih join 7eleven CDC, K.ani pula rejoin semula kat store masuk area Puchong dan sekarang saya di bahagian training dan K.Ani jadi Field Manager area Puchong. Rasanya hubungan kami sekarang kembali terjalin selepas beberapa kali jumpa dalam meeting. Ye la kami kerja di bidang yg sama, dunia ni kan kecik aje, pegi mana2 pun mesti jumpa.
Semalam lagi gambar dia dah tersebar mengatakn menjumpai budak hilang tu. Pagi tadi saya sempat hubungi K.ani. Saje tanya apa perasaan dia, gambar kat front page tu...
Kat sini ada video temuramah....
Apapun Tahniah k.ani sebab dah buat sesuatu yg dibanggakan.
No comments:
Post a Comment