Friday, 13 April 2012
Tips Anak Tidur Lebih Lena
# Pastikan tempat tidur anak tenang dan tiada gangguan bunyi. Apabila anda mahu menukar lampin atau menyusu anak pada waktu malam, elakkan mereka daripada terjaga.
# Jangan biarkan anak anda tidur dalam jangka masa yang terlalu lama pada waktu siang. Melatih anak anda tidur dalam buaian atau di atas katilnya sendiri adalah sangat bagus berbanding membiasakan diri mereka tertidur dalam dakapan anda sepanjang masa.
# Jangan latih anak tidur dengan bantuan puting. Jika anda membiasakan bayi anda tidur dengan menghisap puting, mereka akan susah untuk tidur jika tiada puting.
# Sekiranya bayi anda terjaga di waktu malam dan menangis, biarkan dahulu beberapa minit. Jika bayi berterusan menangis, pergi kepada mereka tetapi elakkan daripada memasang lampu atau mengangkat mereka. Kadang-kadang, bayi ini akan berhenti menangis dengan sendirinya dan menyambung tidurnya semula.
# Elakkan membiarkan kanak-kanak menonton televisyen dan bermain-main apabila hampir tiba waktu untuk masuk tidur.
# Ibu bapa perlu membuat jadual tidur yang konsisten untuk anak-anak. Pastikan waktu tidur yang sama setiap malam.
# Membenarkan anak-anak tidur dengan membawa sekali anak patung, bantal atau barang kegemaran mereka sebagai teman tidur membantu mereka merasa selesa untuk tidur.
# Elakkan anak tidur bersama anda. Ini untuk melatih mereka belajar tidur sendiri dan tidak takut untuk tidur sendirian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment