Assalammualaikum.......
Hari ini 27 April adalah hari lahir suamiku yg ke++. Takde apa yg istimewa sebab saya xtau nk bagi hadiah apa yg special. So, saya tulis satu nota kecil letak dalam poket baju keje hubby. Saya letak satu baju je yg siap bergosok tu kat tempat gantung supaya hubby xpakai yg lain nanti xjumpa la nota kecil saya tu.
Sweet tak saya buat mcm ni. hehe ni bukan 1st time pun buat cam ni. Kalau ada selisih faham, kami selalunya akan berdiam diri, memang kami selalunya ada masalah komunikasi dan dgn cara mcm ni la saya akan bt. Hubby pun penah selit kertas kt wiper kereta saya menyatakan dia cinta dan sayang kan saya. Masa tu saya igt kertas saman terselit kat situ. cara mcm ni juga sebenarnya merapatkan hubungan kami.
hehe teringat masa mula perkenalan dulu pun kami main selit2 surat.
Lepas baca nota cinta saya (nota cinta la sangat), hubby kata ok je tak perlu hadiah tp yg paling penting hati saya. Maksudnya? Hubby kata sejak kebelakangan ni nampak saya lebih berhias diri (makin cantik la tu) hehe saya cuma senyum dan kata 'nak dapat baby girl la kot ni'. patut la hubby makin bagi perhatian kt saya, cemburu la tu! Ye la, mesti la dia risau juga, kerja saya jumpa dgn ramai org dan kadang2 perlu bt kerja diluar bukan duduk dalam opis ngadap laptop je. Apapun hati saya tetap pada hubby ku seorang dan 2 hero kecik iaitu Hadif & Danish.
kalau boleh saya nak bagi sesuatu kat hubby. Sesuatu yg special tp saya xtau nk belikan hadiah apa.
Hope, rumahtangga kami kekal ke akhir hayat....

No comments:
Post a Comment