Thursday, 12 April 2012

Rindu Pada Seorang Kawan

Assalammualaikum....
Korang ada BFF? Tetiba saya teringat pada sahabat dan kawan saya yg sorang ni. Teringat sebab balik keje petang td, hubby kata terjumpa dia dan dia kirim salam. Memang agak lama kami tidak berjumpa. Mungkin lebih kurang 2 tahun, seusia dengan Danish, kami tidak pernah berjumpa seperti dulu lagi.
Kami memang boleh dikatakan best friend la. Rindunya saya pada dia sama seperti Aliah rindukan Emelda dan Emelda rindukan Aliah dalam cerita 'Cinta Buat Emelda'. 
Dulu, memang kami tidak rapat tapi 'sesuatu' yg telah merapatkan hubungan kami. itupun setelah tamat tingkatan 5, kami mula bekerja bersama-sama dan seterusnya banyak la aktiviti yg kami lakukan bersama. Memang kami kadang-kadang tidak sependapat tapi 'pertengkaran kecil' itu yg merapatkan kami. Sedih juga sebab kami tak macam dulu lagi. 
Hubby memang kenal kawan saya ini, sebab seorang sahabat tidak akan berahsia antara satu sama lain. Dari saat saya bertunang sehinggalah majlis bernikah dan bersanding, dialah pengapit dan peneman setia saya. Setianya dia sebagai sahabat saya. Saya juga sedaya upaya menyediakan masa untuk dia selepas berkahwin. Dan setelah 6 bulan sepi tanpa saya, dia akhirnya buat keputusan berkahwin. Saya juga yg banyak bagi dia sokongan dan dorongan supaya dia berkahwin. Saya xnak dia rasa sunyi dan sakit hati sebab saya kurang masa dengan dia lagi.
Perjalanan hidup kami diteruskan dengan kehidupan masing2. Selepas dia bagitau dia pregnant, saya pula disahkan pregnant kali ke2. Ye, Danish seusia anaknya cuma berlainan bulan. Sempat juga melawat dia semasa dalam pantang. 
Selepas saya bersalin kan Danish, kami terputus hubungan. Mungkin sebab jarak rumah kami semakin jauh. tapi kami memang xpernah lupa menghubungi antara satu sama lain cuma yg bezanya kami sudah tidak banyak lagi berkongsi rasa dan perasaan. Dia mungkin lebih banyak memendam rasa. 
Akhirnya, perkahwinannya putus ditengah jalan. Saya SEDIH sebab saat dia berada dalam kesedihan, saya tidak berada disisinya. MAAFkan saya KAWAN. Saya hanya menasihatinya melalui telefon. Memang agak susah nk bergerak disebabkan anak2 saya yg masih kecil dan saya sangat kasihan padanya yg memelihara anak kecil seorang diri. Apa yg saya boleh katakan, hargai anak dari segalanya sebab Anak amanah ALLAH SWT dan itulah paling berharga dan tidak boleh dicari ganti. 
Satu hari, saya sempat bertemu dan berborak dgnnya. (lebih kurang 1bulan lepas bercerai) Dia nampak sangat tenang tapi dalam hati.... Membesarkan anak kecil dan dalam masa yg sama perlu menjaga ibunya sendiri. Syukur, ALLAH SWT beri rezeki berniaga. Dia memulakan bisnes dobi berdekatan rumahnya. Pada mulanya dia mengajak saya sama2 buat bisnes ni tapi suami saya xizinkan. Katanya biarlah kepunyaan kawan saya tu seorang untuk dia membesarkan anaknya. Jadi, saya hanya jadi pemerhati dan penasihat sahaja. 
Dan sekarang memang agak lama kami xberjumpa. Sesekali memang saya ada singgah di kedai dobinya tapi dia selalunya tak ada. Semua kerja di kedai diberi pada pembantu. Mudah untuk dia uruskan anak dan maknya. 
Harap2 dia tabah dan terus kuat.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...