Sunday, 12 February 2012

Tips Memelihara Perhubungan dengan Insan Tersayang

  1. Jangan sesekali memarahinya di depan orang ramai atau di depan kawan-kawan anda, kerana ini memperlihatkan tahap perhubungan anda dengan si dia.
  2. Jangan diulangi mengutuk si dia dibelakangnya bersama kawan atau ahli keluarga anda, ini boleh menyebabkan dia kecil hati atau terus menjadi marah apabila mengetahuinya.
  3. Jangan ragu-ragu bertanyakan teman anda sekiranya anda tidak pasti perbuatan anda buat itu akan melukakan hati si dia, seperti menjadi teman kepada kawan anda untuk pergi berjumpa dengan teman barunya, sekiranya si dia terlebih dulu tahu sebelum anda memberitahunya, tahap kepercayaan si dia kepada anda akan menjunam turun.
  4. Jangan sesekali menyatakan kriteria teman impian anda yang tidak sama dengan perwatakan atau perilaku si dia, kerana ini akan menyebabkan dirinya merasa seperti tiada gading, tanduk pun boleh lah.
  5. Jangan buat walau sekalipun, mengutuk ibu bapanya kerana impaknya terlalu kuat sehingga anda boleh ditinggalkannya.
  6. Jangan diamalkan berbohong orang lain dihadapannya kerana ia boleh menimbulkan curiga si dia terhadap anda.
  7. Akhir sekali terimalah si dia seadanya dia, dan layanlah si dia seadanya anda. Dan pasangan memahami dan menyayangi adalah kunci kebahgiaan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...