Tuesday, 28 February 2012

Kurangkan Merokok...

Assalammualaikum...

Kurangkan merokok... merokok membahayakan kesihatan. Tiap2 hari mereka yg merokok tengok gambar kat kotak rokok, orang yg kena kanser disebabkan mereka merokok tp rasanya diorang takde perasaan pun. Kalau perokok takut jadi macam dalam gambar tu, sudah tentu diorang takkan merokok dan tiadalah penjualan di 7 eleven dan tiadalah kilang rokok dan tiadalah penghantar rokok... #melalutsudah# hehe sebenarnya bukanlah cerita pasal perokok-perokok tegar tapi nak cerita kisah en.suami saya....
Diharapkan selepas ni suami kesayangan saya ni berhenti terus dari merokok...
Sekarang ni mungkin peluang berhenti merokok tu ada sebabnya saya cuba mengurangkan suami saya dari merokok, lagipun merokok adalah sikap yg tak elok ditunjukkan terutama didepan kanak2.
Al-kisahnya... anak saya bakal menjadi anak bujang satu hari nanti. Tu berbelas tahun lagi tapi yg lagi masalahnya, walau Hadif baru berumur 3tahun(bulan depan), tetapi dah pandai mengikut setiap gerak-geri dan tindak tanduk apa saje yg orang dewasa lakukan didepannya. Nak dijadikan cerita, satu hari Hadif menunjukkan gaya cara papanya menghisap rokok... terkejut la juga tengok Hadif time tu.
teringat satu iklan di radio, seorang ibu bertanya "adik, dah besar nanti nak jadi apa?"
si anak menjawab "adik nak hisap rokok macam papa!"
huhu takde sape nak anak dia dah besar nanti nak jadi macam tu. Walaupun papa bukan hisap rokok dalam rumah, depan anak-anak tapi hisap di luar rumah tetap menunjukkan sikap yg tak elok. So, mesyuarat agung diadakan dan papa bersetuju yg saya menetapkan syarat, papa tidak boleh langsung merokok semasa bersama-sama anak2 atau didepan anak2 kecuali dibenarkan sekiranya bukan didepan anak2 atau sedang bersama-sama anak2. hehe saya tersenyum lebar kerana lepas ni papa tak tinggal sorang lagi. so, peluang nak hisap rokok akan berkurangan kerana anak2 sentiasa bersama. Harap2 selepas beberapa bulan papa sudah berhenti merokok yg sebenarnya agak membazir... kan lebih manfaat kalau duit untuk beli rokok tu disimpan untuk penambahan ahli keluarga kita akan datang...
peace....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...