Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang.
Isteri : Tidak! Saya mahu abang terangkan sebabnya. Kawan2 saya yg lain, yg mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh menerangkannya.
Suami menarik nafas panjang dan dia berkata " Baiklah! Abang mencintai sayang sebab sayang cantik, ada suara yg merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, disitulah cinta Abang bersama sayang"
si isteri tersenyum dan berpuashati dengan penerangan suaminya.
Namun begitu, selang beberapa hari si isteri koma disebabkan kemalangan....
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yg disayangi. Surat itu diselitkan di bawah bantal isterinya. Surat tersebut berbunyi :
Sayang! disebabkan suara aku mencintaimu... sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu...
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu...
Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu... sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu...
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu...
Jika cinta memerlukan sebabnya seperti sekarang, aku tidak mempunyai sebab untuk mencintaimu lagi...
Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini dan selamanya kerna cinta tidak memerlukan sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat , dipegang.
Namun begitu.... ia boleh dirasai di dalam hati.
.gif)
No comments:
Post a Comment