Tuesday, 7 February 2012

Anak Enggan Makan

Tip makanan untuk Anak Kurus :-

* Pastikan anak diberi pelbagai makanan mengikut saranan Pyramid Pemakanan Malaysia. Jangan beri anak makanan yang rendah lemak.

* Makanan tinggi kalori sangat sesuai untuk meningkatkan berat badan ke tahap yang normal. Beri anak makan sekurang-kurangnya 5 hingga 6 kali sehari.

* Bekalkan anak snek sihat seperti biskut lemak, buah-buahan kering, sandwich dan kekacang setiap kali dia ke sekolah.

* Rehatkan anak anda daripada sebarang aktiviti sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.

* Elakkan memberi anak anda makanan yang tinggi kandungan gulanya seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat.

Makanan khas untuk anak kurang berat badan :-
  • Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak.
  • Roti mestilah dihidangkan bersama mentega, keju dan mentega kacang.
  • Biskut cracker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang
  • Susu kosong ditambah dengan serbuk coklat
  • Telur rebus dihidang bersama mayones, keju dan mentega
  • Kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu dan mentega.
Panduan menggalakkan anak makan :
    1. Beri anak makan dalam keadaan tenang dan bukan marahkan dia setiap kali dia enggan makan.
    2. Sediakan sendiri makan untuk anak dan bukan dibeli di restoran makanan segera atau di gerai-gerai yg belum tentu khasiatnya.
    3. Sesibuk mana pun anda, pastikan seisi keluarga makan bersama setiap kali tiba waktu makan agar anda lebih berselera.
    4. Sekiranya anak anda masih kecil, ajaklah dia makan sambil bersiar-siar di taman permainan agar dia rasa lebih selesa.
    Kenapa anak tidak mahu makan?

    - Bermasalah dengan gigi
    - Bosan dengan makanan yg diberi
    - Terlalu banyak mainan
    - Tidak ada kawan untuk makan bersama-sama
    - Tiada selera untuk makan
    - Ibu bapa terlalu memaksa menghabiskan makanan

    p/s : harapkan panduan ni boleh membantu....


    No comments:

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...